Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)

Bagi membantu bakal-bakal usahawan menceburi bidang perniagaan francais dan menjana pendapatan sampingan, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS (SPKF) yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.

Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

OBJEKTIF

SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.

Syarat-syarat Pemberian Skim Pembiayaan Kecil Francais :

1. Saiz Pembiayaan

RM 50,000 (Maksimum)

RM 5,000 (Minimum)

2. Yuran Perkhidmatan 3% setahun ke atas baki berkurangan
3. Tempoh Masa Pembayaran Maksimum 5 tahun atau tempoh masa perjanjian francais

KRITERIA KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan;
  • Terbuka kepada francaisi tempatan dengan perniagaan francais tempatan berdaftar dengan pendaftar Francais di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998;
  • Permohonan Pembiayaan perlu dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd. / perkongsian / enterprise;
  • Pemohon adalah usahawan yang merupakan pemilik / pengusaha perniagaan;
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor tempatan;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Perniagaan 100% milik tempatan (milikan tunggal / perkongsian / Sdn. Bhd.);
  • Tidak disenarai hitam oleh institusi kewangan (*laporan CCRIS menunjukkan ansuran tertunggak tidak melebihi 2 bulan);
  • Tidak diisytihar sebagai seorang bankrup;
  • Tidak berhadapan dengan mana-mana prosiding di mahkamah;
  • Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan berasaskan shariah.
  • Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000 dengan margin pembiayaan 90% termasuk MRTA, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan;
  • Pembiayaan melebihi RM10,000 diwajibkan mengambil perlindungan kredit takaful yang ditetapkan.

CARA MEMOHON

Muat turun borang permohonan di sini:

Hantarkan permohonan anda kepada:

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Menara PNS,
Menara 7, Avenue 7
Bangsar South City
No.8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

(Per: En. Zafrul Azman Azraai)
Tel : 03-2082 7788


Jumlah Pelawat