SSM AGIH ZAKAT KORPORAT

TANGGA BATU, 27 MEI 2017- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) petang tadi  mengadakan Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM dan Berbuka Puasa bersama golongan asnaf di Masjid Ar- Rabbani, Tangga Batu, di sini.

Majlis pengagihan Zakat Korporat SSM ini disempurnakan Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu,  Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Turut mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh.

Beliau yang juga Pengerusi SSM turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner dan  Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan,

SSM mengagihkan zakat korporat kepada 350 asnaf dengan masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM 200. Manakala selebihnya diagihkan kepada 12 buah masjid dari kawasan sekitar Tangga Batu untuk tujuan pengimarahan masjid sepanjang Bulan Ramadan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat