Syarat Kelayakan Perunding Francais

1. Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi tujuan pendaftaran perunding francais di bawah Akta Francais 1998 boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori seperti berikut :

  • Individu
  • Syarikat

Individu

2. Mana-mana individu yang berhasrat ingin menawarkan khidmat nasihat sebagai perunding francais mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  1. Individu tersebut mestilah warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan francais dan tempoh pengalaman tersebut adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik yang dimiliki seperti berikut :
    1. Kelayakan akademik peringkat ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun; atau
    2. Kelayakan akademik peringkat diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; atau
    3. Kelayakan akademik peringkat Vokasional atau kemahiran dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 (tiga) tahun; atau
  3. Individu tersebut juga telah menghadiri kursus-kursus francais seperti berikut :
    • Certified Franchise Executives (CFE) oleh Institute of Franchise Executive (IFE) atau yang setar dengannya; atau
    • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais; dan
    • Lain-lain kursus berkaitan francais yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

Syarikat

3. Mana-mana syarikat yang berhasrat ingin menawarkan khidmat nasihat perunding francais mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Syarikat telah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sekurang-kurangnya syarikat sdn bhd, perkongsian liabiliti terhad (PLT),perkongsian atau milikan tunggal;
  • Seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah mestilah terdiri daripada perunding francais yang telah berdaftar di bawah Akta Francais 1998 dan memegang majoriti saham di dalam syarikat;
  • Syarikat mestilah mempunyai perunding francais yang berdaftar di bawah Akta Francais 1998 sebagai perunding utama di dalam syarikat.
  • Syarikat mestilah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000

Klasifikasi Perunding Francais

4. Klasifikasi Perunding Francais berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman francais adalah seperti berikut :

Klasifikasi Perunding Kelayakan Akademik Pengalaman Francais Pasca Ijazah dan Kursus Profesional yang berkaitan dengan Francais
 A  Ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  5 tahun dan ke atas
  • Certified Franchise Executives (CFE) oleh Institute of Franchise Executive (IFA) atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais ; dan
  • Lain-lain kursus berkaitan francais yang   diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

 

 Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  8 tahun dan ke atas
 B  Ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  Di antara 3 tahun hingga 5 Tahun
  • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais ; dan
  • Lain-lain kursus berkaitan francais yang   diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

 

 Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  Di antara 5 tahun hingga 8 Tahun
 Kelayakan Vokasional atau Kemahiran dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  8 tahun dan ke atas
 C  Ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  Kurang dari 3 tahun
  • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais ; dan
  • Lain-lain kursus berkaitan francais yang   diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

 

 Kelayakan Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  Di antara 3 tahun hingga 5 Tahun
 Kelayakan Vokasional atau Kemahiran dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)  Di antara 3 tahun hingga 8 Tahun

Jumlah Pelawat