TERIMA KASIH MALAYSIA ATAS SOKONGAN BESAR

WANGSA MAJU, 15 NOVEMBER 2017 – Pasaraya Besar AEON BIG (M) Sdn.Bhd hari ini melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun kelima mereka di negara ini.

Bertemakan “Terima Kasih Malaysia Atas Sokongan Besar Anda’, sambutan ini akan diadakan selama 45 hari. Majlis perasmian di sempurnakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong di Cawangan AEON BIG Wangsa Maju di sini.

Beliau yang mewakili Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, inisiatif yang diambil oleh syarikat ini bagi membantu memenuhi keperluan pengguna seperti Kempen Penurunan Harga, Kad keahlian AEON Big dengan menawarkan diskaun sebanyak 5 peratus pada setiap 28 hari bulan sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat dalam perbelanjaan barangan harian setiap bulan.

Usaha AEON meneruskan perusahaan beberapa cawangan stor dan menyelamatkan nasib beribu pekerja daripada Syarikat Carrefour lima tahun lepas perlu dihargai. Walaupun cabaran ini dilihat sebagai beban dan cabaran yang berat serta mencabar, namun AEON BIG telah memberanikan diri bersaing dengan pemain industri yang lain.

Syarikat multinasional ini telah mendapat keuntungan yang positif iaitu 0.3 peratus dari bulan Januari hingga September tahun ini setelah beberapa tahun mengalami kerugian.

Beberapa program berbentuk Tanggungjawab Sosial (CSR) dilakukan AEON BIG seperti penanaman pokok, kempen derma darah, sarapan ilmu, gotong-royong bersama komuniti merupakan inisiatif yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat tempatan malah kepada perniagaan mereka.

KPDNKK dengan slogannya Caring Ministry sentiasa mencari pendekatan baharu untuk membantu rakyat dari aspek melestarikan perdagangan dan hak kepenggunaan menuju ke arah mensejahterakan rakyat melalui pelindungan hak pengguna serta menggalakkan kemajuan industri tempatan.

Oleh Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat