TIMBA ILMU DI KPDNKK

0

only Available in bahasa malaysia

PUTRAJAYA, 11 SEPTEMBER 2017– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini  menerima lawatan seramai  42 orang pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal daripada Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kuala Lumpur.

Lawatan ini diketuai Nik Rosatiqah Azeeren Nik Mohd Rosli selaku Ketua Program yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang peranan kerajaan dalam mengawal kepentingan pengguna dari segi penggubalan akta, penguatkuasaan dan pengawalan serta hak pengguna.

Lawatan ini antara lain sebagai pendedahan dan langkah untuk menambah  pengetahuan para pelajar bagi subjek gelagat pengguna Islam.

Antara penceramah yang hadir memberi taklimat adalah Nor Ismail  Nordin dari  Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Mohd Farizul Hassan Bakri dari Bahagian Undang-Undang dan Shariz Admal  Adnan, mewakili Bahagian Penguatkuasa.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

one × 5 =


Jumlah Pelawat