TUKAR

only Available in bahasa malaysia

Program Transformasi kedai Runcit (TUKAR) merupakan salah satu daripada 12 Entry Point Project (EPP) di bawah National Key Economic Area (NKEA) Sektor Pemborongan dan Peruncitan. Program ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dan disasarkan untuk dilaksanakan sehingga tahun 2020 (10 tahun)

SASARAN PROGRAM TUKAR

  • Menjana Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM5.56 billion.
  • Mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan
  • Mentransformasikan 5000 buah kedai runcit menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF PROGRAM TUKAR

  • Membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis tradisional;
  • Meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan;
  • Meningkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
  • Menggalakkan jualan produk berkualiti;
  • Menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Good Services Tax (GST).

KRITERIA PEMODENAN TUKAR

Kriteria pemodenan yang ditekankan untuk mentransformasikan peruncit tradisional adalah berdasarkan Kriteria 4M iaitu:

kriteria

PENCAPAIAN PROGRAM TUKAR

Tahun 2011 Tahun 2012  Tahun 2013 Tahun 2014 – 2020

519 kedai
ditransformasikan

568 kedai
ditransformasikan

519 kedai
ditransformasikan

Sasaran 500 kedai setiap
tahun hingga tahun 2020

SEBELUM MENYERTAI PROGRAM

sblomprogram

SELEPAS MENYERTAI PROGRAM

slpasprogram

SYARAT MENYERTAI PROGRAM TUKAR

 SYARAT  SKIM BELIA  SKIM PERMULAAN  SKIM PENGEMBANGAN (untuk peserta TUKAR sedia ada sahaja)
 100% milikan tempatan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan
 Umur  :  18 – 60 tahun  Umur dari 18 – 40 tahun sahaja  Umur 18 – 60 tahun  Umur 18 – 60 tahun
 Tidak disenarai hitamkan oleh Bank / Institusi Kewangan Perlu memenuhi syarat ditetapkan Perlu memenuhi syarat ditetapkan Perlu memenuhi syarat ditetapkan
 Berdaftar dengan SSM Perlu memenuhi syarat ditetapkan Perlu memenuhi syarat ditetapkan Perlu memenuhi syarat ditetapkan
Mempunyai Lesen PBT
  1. Jika belum berniaga, resit/slip permohonan lesen PBT dikemukakan selepas lulus pembiayaan.
  2. Sekiranya telah berniaga kedai runcit  kurang dari setahun, perlu mengemukakan lesen PBT.
Perlu mempunyai lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan atau mempunyai bukti telah memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (A) Peluasan Kedai Runcit Sedia Ada

Pihak bank boleh merujuk kepada lesen PBT yang telah dikemukakan sebelum ini untuk menyertai program TUKAR.

(B) Pembukaan Cawangan Baru

Perlu mengemukakan resit/slip permohonan lesen PBT selepas lulus pembiayaan.

 Saiz  :  < 2,500 kps @ tidak melebihi 2 pintu  Perlu mematuhi saiz  Perlu mematuhi saiz  Perlu mematuhi saiz
 Minima 1 tahun beroperasi
  • Tiada tempoh operasi minima;
  • Perlu mempunyai sijil/ diploma/ ijazah dalam bidang perniagaan/ peruncitan; atau
  • Pernah  menghadiri kursus yang berkaitan bidang peruncitan/perniagaan sekurang-kurangnya 7 hari (boleh digabung dengan beberapa siri kursus yang pernah dihadiri. Contoh : Kursus MARA 2 hari + Kursus TEKUN 3 hari + Kursus Keusahawanan 3 hari = 8 hari).

Salinan sijil/diploma/ijazah atau kehadiran kursus perlu dikemukakan bersama permohonan

Telah beroperasi sekurang-kurang setahun  Telah menyertai program TUKAR sekurang-kurangnya setahun
 Lokasi
  • Telah ada lokasi premis atau cadangan lokasi premis dan mengemukakan bukti.
  • Sekiranya telah berniaga kedai runcit  kurang dari setahun, perlu mengemukakan salinan lesen PBT.
Telah ada lokasi premis. (A) Peluasan Kedai Runcit Sedia Ada

Pelanggan perlu mengemukakan gambar kedai semasa serta penyata jualan bagi 3 bulan terkini.

(B) Pembukaan Cawangan Baru

Pelanggan perlu mempunyai bukti lokasi premis telah dikenalpasti dan mengemukakan bukti.

 Pembiayaan:
  • Jumlah pinjaman sebanyak maksima RM80,000.

Pecahan pembiayaan adalah maksimum sebanyak RM40,000 (stok) dan maksimum RM40,000 (takaful + duti setem + kos pengubahsuaian + peralatan) berkaitan.

  • Kadar caj 3 % setahun;
  • Tempoh bayaran balik  maksima 15 tahun;
  • Sekurang-kurangnya seorang penjamin (mengikut SOP bank).
  • Jumlah pinjaman sebanyak maksima RM80,000. Pecahan pembiayaan adalah maksimum sebanyak RM40,000 untuk pembelian stok dan RM40,000 untuk kos pengubahsuaian dan peralatan berkaitan;
  • Kadar caj 3 % setahun; dan
  • Tempoh bayaran balik maksima 15 tahun.
(A) Peluasan Kedai Runcit Sedia Ada

  1.  Kedai TUKAR yang sama, di lokasi yang sama.
  2. Tiada perubahan dalam database TUKAR:
  • Peserta sama di bawah nama syarikat yang sama;
  • Telah menyertai program TUKAR sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Mengikuti kursus Latihan TUKAR Fasa 1 dan Fasa 2; dan
  • Tiada tunggakan dalam akaun sedia ada.

iii. Pinjaman maksima RM80,000 iaitu maksima RM30,000  (takaful + duti setem + pengubahsuaian +  peralatan) dan maksima RM50,000 (stok).

(B)Pembukaan Cawangan Baru

  1. Pembukaan cawangan baru di  lokasi berbeza.
  2. Pertambahan dalam databaseTUKAR:
  • Peserta yang sama di bawah nama syarikat yang sama atau nama syarikat yang berbeza;
  • Telah menyertai program TUKAR sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Mengikuti kursus Latihan TUKAR Fasa 1 dan Fasa 2; dan
  • Tiada tunggakan dalam akaun sedia ada.

iii. Pinjaman baru maksima RM80,000 iaitu maksima RM40,000 (takaful + duti setem + pengubahsuaian + peralatan) dan RM40,000 (stok).

Skop Pembiayaan:-

  1. Modal kerja
  •  Pembelian stok perniagaan.

ii. Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan

  • Pendawaian dan lampu
  • Pengubahsuaian siling
  • Mengecat lantai, dinding, cermin dan lain-lain

iii. Pembelian mesin atau peralatan

  • POS Counter Terminal (GST ready[WAJIB]
  • Gondola/rak
  • Chiller
  • Freezer
  • Tanda harga/signage [WAJIB]
  • Signboard [WAJIB]
  • Penghawa dingin
  • CCTV
  • Alarm system
  • Alat pencegah kebakaran
  • Perkakasan perisian IT termasuk kabel, network danperkakasan (hardware)
  • Peralatan-peralatan lain yang sesuai

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Pegawai yang boleh dihubungi:

 Nama No.Telefon  No.Faks Emel
Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934 03-8882 6934  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228

Jumlah Pelawat