WARGA KPDNKK IKRAR BEBAS RASUAH

0

only Available in bahasa malaysia

PUTRAJAYA, 28 OGOS 2017 – Kira-kira 500 warga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan agensi-agensinya hari ini bersama-sama melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks KPDNKK disini.

Bacaan ikrar diketuai Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh. Turut menyaksikan lafaz ikrar tersebut, Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Timbalannya, Dato’ Henry Sum Agong dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkili Ahmad yang kemudiannya turut menyaksikan upacara menandatangani IBR yang didahului Dato’ Sri Jamil Salleh.

Seramai 47 pengurusan tertinggi KPDNKK, agensi dan negeri-negeri mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Datuk Dzulkifli Ahmad dalam ucapannya menasihatkan semua penjawat awam supaya memelihara integriti masing-masing dan sedia memberi maklumat kepada pihaknya sekiranya mempunyai maklumat tentang perlakuan rasuah atau salahguna kuasa.

Katanya, SPRM sentiasa berada hampir dengan setiap penjawat awam dan akan bertindak sekiranya menerima sebarang aduan atau maklumat yang berkaitan rasuah atau salah guna kuasa.

Dato’ Seri Hamzah pada sidang medianya selepas majlis berakhir menyokong langkah ini supaya imej KPDNKK sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat umum dan sentiasa telus dalam sebarang tindakan.

Beliau turut mengingatkan semua warga kerja di kementeriannya supaya sentiasa mendahulu kepentingan pelanggan dari diri sendiri selaras dengan konsep: #Caring Ministry yang  menjadi pegangan KPDNKK.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

11 + 14 =


Jumlah Pelawat