Latihan Keusahawan Peruncitan

LATIHAN KEUSAHAWANAN PERUNCITAN

 

1.0         LATARBELAKANG

Program Latihan Keusahawanan Peruncitan (PLKP) dahulunya dikenali sebagai program Akademi Peruncitan adalah merupakan program latihan memfokuskan kepada dua (2) kategori kumpulan sasaran iaitu penjaja dan peniaga kecil serta usahawan industri kecil dan sederhana (PKS).

 

Sehubungan dengan itu, modul-modul PLKP ditambahbaik dengan lebih menumpukan kepada penyediaan ke arah pemantapan modal modal insan yang berpengetahuan bagi memastikan tahap intelek, kompetensi dan kecekapan usahawan/ peniaga yang sesuai dengan status negara berpendapatan tinggi yang ingin dicapai menjelang tahun 2020.

 

Bagi memastikan modul-modul yang disediakan selari dengan kehendak industri, PLKP perluaskan dengan jalinan kerjasama pihak swasta dalam menyediaan kursus/ latihan yang bakal ditawarkan. Bagi tahun 2014, PLKP menawarkan dua (2) bentuk program iaitu Seminar pembangunan Usahawan Industri makanan dan Bengkel Pemasaran ke Hypermarket: Memahami dan mengenali Hypermarket yang diadakan mengikut zon.

 

2.0         OBJEKTIF KURSUS:-

 

5.1     memperkukuh kemahiran dan pengetahuan dalam bidang peruncitan ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan;

5.2     iniatif ke arah pembangunan modal insan dengan penerapan nilai-nilai perniagaan yang lebih komprehensif dan praktikal. Melahirkan usahawan PKS yang berilmu serta berpengetahuan dalam menetapkan hala tuju perniagaan;

5.3     melahirkan penjaja dan peniaga kecil/ usahawan PKS yang lebih dinamik bukan sahaja ke arah peningkatan kemajuan peniagaan semata-mata tetapi juga memupuk nilai etika serta moral yang mampu mengimbangi orientasi keuntungan dan kebajikan pelanggan/ pengguna; dan

 

3.0         SASARAN PESERTA

Penjaja dan peniaga kecil serta usahawan PKS yang telah menceburi bidang perniagaan dan mereka yang berminat dalam bidang kursus yang ditawarkan.

 

4.0         TEMPOH KURSUS

                Tertakluk kepada modul kursus yang ditawarkan.

 

5.0         YURAN PENYERTAAN

Percuma

 

6.0         LOGISTIK

Tempat program, makan dan minum disediakan (tidak termasuk penginapan dan pengangkutan).

 

7.0         TENTATIF KURSUS

JADUAL 1:

SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUSTRI MAKANAN

 

Bil.

Kumpulan Sasaran

Bil.

Peserta

Tarikh

Masa

Lokasi

1.

 

 

 

 

 

Penjaja dan peniaga kecil serta sederhana yang terlibat secara langsung dalam industri makanan

100 orang

15.05.2014

 

 

 

 

 

 

8.30 pagi

-

5.30 petang

(Zon Selatan)

The Katerina Hotel, Batu Pahat, Johor

2.

100 orang

22.05.2014

(Zon Utara)

Sunway Hotel Seberang Jaya, Prai, P.Pinang

3.

100 orang

29.05.2014

(Zon Timur)

Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu

4.

100 orang

10.06.2014

(Zon Tengah)

Kuala Lumpur International Hotel, W.P.Kuala Lumpur

5.

100 orang

12.06.2014

(Zon Sabah)

Taha D’Bayu, Kota Kinabalu, Sabah

6.

100 orang

19.06.2014

(Zon Sarawak)

Harbour View Hotel, Kuching, Sarawak

 

JADUAL 2:

BENGKEL PEMASARAN KE HYPERMARKET:

MEMAHAMI DAN MENGENALI HYPERMARKET

 

Bil.

Kumpulan Sasaran

Bil.

Peserta

Tarikh

Masa

Lokasi

1.

 

 

 

 

Usahawan PKS yang mempunyai produk/ berminat di pasaran hypermarket asing di Malaysia (Giant, Tesco, Aeon, Aeon Big) dan Mydin

 

30 orang

07.05.2014

 

 

 

 

 

 

8.30 pagi

-

5.30 petang

(Zon Tengah/ Siri 1)

Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor

2.

30 orang

15.05.2014

(Zon Selatan)

Berjaya Waterfront Hotel

(formerly known as The Zone)

Johor Bahru, Johor

3.

30 orang

21.05.2014

(Zon Utara)

Swiss Inn, Sg.Petani, Kedah

4.

30 orang

11.06.2014

(Zon Tengah/ Siri 2)

Sime darby Convention Centre, Bukit Kiara, W.P Kuala Lumpur

5.

30 orang

18.06.2014

(Zon Timur)

PrinzPark Resort terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

 

 

8.0         MODUL-MODUL YANG TAWARKAN

8.1         Seminar Pembangunan Usahawan Industri Makanan:-

  • Keselamatan dan peningkatan kualiti makanan
  • Pengenalan asas kepada GMP,HACCP, MeSTI, HALAL, BESS dan ISO
  • Pendaftaran  Food Safety Information System of Malaysia (FOSSIM DOMESTIC) dengan kementerian Kesihatan Malaysia
  • Memahami dan mengendali tekanan dalam industri makanan
  • Penerapan amalan perniagaan beretika dan berintegriti
  • Pengurusan Efektif
  • Komunikasi berkesan

 

8.2         Bengkel Pemasaran Ke Hypermarket: Memahami Dan Mengenali Hypermarket:-

  • Pengurusan dan tadbir urus kontrak perniagaan
  • Rundingan perniagaan “Business Negotiation Skills” dengan pihak hypermarket
  • Pengurusan logistik
  • Pengurusan produk
Paparan : 2913
Dikemas kini pada : 08 September 2014