Program Penjaja 1Malaysia (PP1M)

PROGRAM PENJAJA 1MALAYSIA (PP1M)

 

Latarbelakang

  • Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan melalui National Blue Ocean Strategy 7 (NBOS 7) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7;
  • PP1M bertujuan untuk menaiktaraf kawasan fizikal perniagaan yang lebih bersih dan menarik, penekanan kepada penyediaan makanan yang sihat kepada pelanggan serta suasana persekitaran yang lebih selamat dan kondusif;
  • PP1M juga melibatkan kerjasama pintar pelbagai agensi kerajaan, swasta termasuklah SSM, Bank Rakyat, SKM, KKM, KPKT, BPT, PDRM, BOMBA dan lain-lain; dan
  • PP1M turut melibatkan penyertaan sukarelawan termasuklah IM4U, Rakan Muda dan Belia, peserta-peserta PLKN serta masyarakat penjaja setempat.

Objektif

  • Objektif utama pelaksanaan PP1M adalah:

i)  Meningkatkan tahap kebersihan premis perniagaan;

ii) Menyediakan makanan yang selamat dan berkhasiat;

iii) Meningkatkan pendapatan Penjaja; dan

iv) Meningkatkan semangat kekitaan di kalangan penjaja dan peniaga Kecil.

 

Pelaksanaan PP1M Tahun 2012 Dan 2013

  • Sehingga kini, PP1M telah dilaksanakan sebanyak 15 kali di lokasi yang dikenalpasti di seluruh negara. Antara medan selera/ pusat penjaja yang telah dilaksanakan PP1M adalah seperti berikut :-

 

NO

LOKASI PP1M

TARIKH PELAKSANAAN

1

Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, W.P.Kuala Lumpur

4 Oktober 2012

2

Pusat Penjaja Padang Sarkas, Taiping, Perak

20 Disember 2012

3

Medan Selera Batu Burok, Terengganu

29 Disember 2012

4

Medan Selera Gerai MPT Lurah Semantan, Temerloh, Pahang

27 Januari 2013

5

Pusat Penjaja Tg Aru, Sabah

03 Februari 2013

6

Medan Selera Triang, Bera, Pahang

23 Februari 2013

7

Medan Selera Laman Brasmana, Kuala Perlis, Perlis

28 Februari 2013

8

Pusat Penjaja Jln Lee Sam, Seremban, Negeri Sembilan

02 Mac 2013

9

Gerai EMBA, Pantai Bersih, Bagan Ajam, Pulau Pinang

29 Mac 2013

10

Anjung Selera, Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah

31 Mac 2013

11

Pasar Majlis Daerah Simunjan, Sarawak

29 April 2013

12

Medan Selera Batu Gajah, Batu Gajah, Perak

2 Mei 2013

13

Medan Selera Kuah, Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, Langkawi, Kedah

8 Jun 2013

14

Bangunan Arked & Pasar Basah Sg Limau Dalam, Yan, Kedah

4 November 2013

15

R&R Bukit Dukong, Kajang, Selangor

27  Disember 2013

Paparan : 25691
Dikemas kini pada : 03 September 2014