Senarai Barang-Barang Kawalan

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

  • Gula
  • Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
  • Garam
  • Simen dan klinker
  • Tepung gandum
  • Minyak masak
  • Baja
  • Racun serangga
  • Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
  • Bar bulat keluli lembut
  • Minyak tanah
  • Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
  • Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
  • Padi (Sabah sahaja)
  • Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred
  • Bahan api diesel
  • Gas petroleum cecair (LPG)
  • Semua jenis roti
  • Minyak bahan api
  • Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
  • Kayu Getah
  • Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)

Jumlah Pelawat