Tribunal Tuntutan Pengguna

Tribunal Tuntutan Pengguna

  1. Apakah objektif penubuhannya Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia?

    TTPM ditubuhkan dengan tujuan menyediakan satu saluran alternatif kepada penggguna untuk membuat tuntuan gantirugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan. Tribunal menyediakan perkhidmatan tersebut dengan cara lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan tuntutan gantirugi di Mahkamah Sivil biasa.

    Dengan tertubuhnya TTPM, pengguna dapat memfailkan tuntutan gantirugi ke atas pembelian barangan yang tidak bermutu  atau perkhidmatan yang tidak yang tidak memuaskan yang dibekalkan oleh peniaga atau pembekal perkhidmatan.
  1. Bilakah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ditubuhkan?

    Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan pada 15 November 1999 bersamaan dengan tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
  1. Apakah batasan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)?

    1. Tribunal mempunyai bidang kuasa berhubung dengan setiap tuntutan di mana jumlah tuntutan tidak lebih dari RM 25.000.00.

       2. Tribunal tidak mempunyai bidangkuasa untuk tuntutan:            

  • yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
  • bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
  • yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan
  • yang mengandungi pertikaian mengenai:
    • hak di bawah wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
    • nama baik;
    • apa-apa hak dalam tindakan;
    • rahsia perdagangan atau harta intelek lain
  • apabila mana-mana tribunal  lain telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu; dan
  • tuntutan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan bagi tujuan perdagangan.

4. Bagaimana dengan sambutan pengguna terhadap Tribunal Tuntutan Pengguna

 Daripada tahun 2000 sehingga 2010 sejumlah 54,942 kes telah difailkan yang mana pada setiap tahun terdapat peningkatan didalam pemfailan tuntutan. Sambutan daripada pengguna mengenai kenaikan tuntutan ini sangat menggalakkan . Ini boleh dilihat dari segi jumlah tuntutan yang difailkan. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh pengendalian kes di Tribunal yang mudah kerana prosidur yang mudah, murah kerana fee yang dikenakan hanya RM 5 dan cepat yang mana kes boleh diselesaikan kurang daripada 60 hari dari tarikh pemfailan.

Paparan : 22860
Dikemas kini pada : 05 Julai 2012