EPP 1 : Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA)

EPP 1 : PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT (TUKAR)

Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPP yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:

  • program membangunkan  kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘'mom and pop';
  • peningkatan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan;
    – tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
    – selari kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
    – promosikan rantaian penawaran dengan kos yang efektif dan efisien;
    – galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
  • usaha-usaha menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).

Pelaksanaan TUKAR dijangkakan akan dapat menyumbang kepada PNK sebanyak RM3.79 bilion dan mewujudkan sebanyak 23,743 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Empat (4) strategi yang akan dilaksanakan iaitu:

  • memodenkan premis peruncit tradisional sedia ada;
  • menaik taraf premis peruncit tradisional sedia ada;
  • menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang peruncitan; dan
  • mewujudkan pusat pengedaran setempat.

Pihak hypermarket akan berperanan sebagai konsultan bagi pelaksanaan projek TUKAR. Pengendali pasaraya besar ini akan membantu peruncit-peruncit tradisional melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan susun atur (planogram), latihan peruncitan dan sebagainya. Usaha ini merupakan inisiatif syarikat-syarikat terbabit sebagai tanggung jawab korporat sosial (CSR) untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.

Manakala, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)  menyediakan pinjaman mudah dengan had pinjaman sehingga RM80,000, caj perkhidmatan sebanyak 3% dan tempoh bayaran balik sehingga 15 tahun..

 

 

Pegawai yang boleh dihubungi:
i)   Puan Aziba Binti Rashidi
     No. Tel: 03-88825580 (Pejabat) 
     E-mel: tukar
@kpdnkk.gov.my

ii)  Cik Intan Shahirah Bt Ramli

     No. Tel: 03-88826949 (Pejabat)
     E-mel: tukar
@kpdnkk.gov.my 

iii) Pejabat Am

No Tel :03-88826228

No Faks :03-88826227

 

Muat Turun:

Paparan : 27947
Dikemas kini pada : 16 April 2014