Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
Klik untuk Bantuan Kod QR | KPDNKK » Agensi » Perbadanan Harta Intelek Malaysia | |
Web Content Display PENGGUNA & PENIAGA
MEDIARANGKAIAN AGENSI |
Web Content Display Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Sebelum tahun 1983, Hak Harta Intelek (IPR) di Malaysia diuruskan oleh Pejabat Cap Dagangan dan jamin hak.Pejabat ini telah menukar namanya kepada Pejabat Dagangan dan Paten pada tahun 1983 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian tersebut telah distruktur semula dan pejabat Dagangan dan Paten telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal-Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pejabat Dagangan dan Paten kemudiannya telah menukar nama kepada Bahagian Harta Intelek(BHI). Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelia dan mentadbir Akta Paten 1983, Akta Tanda Dagangan 1976 dan Akta Hak Cipta 1987. Akta Rekabentuk Industri 1996 telah mula berkuatkuasa pada tahun 1999,diikuti dengan 2000 Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 (Akta 601) pada tahun 2000 dan , Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602) pada tahun 2001. Selaras dengan perkembangan Harta Intelek di peringkat domestik dan antarabangsa, Bahagian Harta Intelek (BHI) telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM ), dengan penguatkuasaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617). PHIM akronim Melayu telah menukar namanya kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang julung kali diadakan.
Objektif
Fungsi Laman Web myipo: www.myipo.gov.my
Dikemas kini pada : 11 April 2012 |