Perbadanan Nasional Berhad

Perbadanan Nasional Berhad 

Perbadanan Nasional Berhad (PNS), yang dahulunya dikenali sebagai PERNAS telah diperbadankan pada 29 November, 1969. Dalam bulan September 1996, PERNAS telah diswastakan melalui pembelian oleh pengurusan (MBO) yang mana aset-aset terpilih telah diambil alih oleh Pernas International Holdings Berhad. Hasilnya, satu akronim baru, PNS, telah diperkenalkan.  

PNS telah menjalankan operasi komersial yang baru di premis baru yang terletak di Tingkat 9, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dengan modal berbayar sebanyak RM 751 juta. The Minister of Finance Incorporated (MOF Inc.) merupakan pemegang saham terbesar.

Berbekalkan bertahun-tahun pengalaman dan sumber yang banyak, PNS telah menyahut saranan Kerajaan untuk meningkatkan saiz Komuniti Komersial dan Industri Bumiputera (BCIC). Menyedari kepentingan untuk memenuhi aspirasi ini, pelbagai strategi telah dirangka dan dilaksanakan. Di samping menyediakan sumber, PNS berazam untuk meningkatkan usahawan Bumiputera pada aspek profesionalisme, kepintaran dan juga etika dan disiplin dalam perniagaan.

Laman web PNS :http://www.pns.com.my/

Paparan : 12431
Dikemas kini pada : 20 Mac 2012