Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
KPDNKK » Dasar Kementerian » Dasar Amalan Perdagangan Adil
Web Content Display Web Content Display

PENGGUNA & PENIAGA

MEDIA

RANGKAIAN AGENSI

Web Content Display Web Content Display
Print

Dasar Amalan Perdagangan Adil


OBJEKTIF

Dasar Amalan Perdagangan Adil (DAPA) telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Oktober 2005 bagi tujuan mencapai onjektif;

  • Mempromosi dan melindungi persaingan dalam pasaran;

  • Mewujudkan usahawan yang dinamik dan berdaya saing;

  • Menyediakan peluang pasaran yang adil dan berdaya saing bagi perniagaan;

  • Melarang amalan anti-persaingan termasuk amalan yang dilakukan di luar Malaysia yang menjejaskan pasaran domestik;

  • Melarang amalan-amalan perdagangan tidak adil dalam ekonomi;

  • Menggalakkan penyertaan usahawan kecil dan sederhana  (IKS) dalam ekonomi;

  • Mempromosikan kebajikan pengguna; dan

  • Menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan kecekapan dan ekuiti.


SKOP DAPA

Skop DAPA tidak akan merangkumi :-  

  • Fungsi kedaulatan Kerajaan; dan

  • Semua tindakan yang menyumbang kepada kebaikan untuk negara yang menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan kecekapan dan ekuiti.

AMALAN PERDAGANGAN YANG DILARANG DIBAWAH RANG UNDANG-UNDANG AMALAN PERDAGANGAN ADIL (RUUAPA)

Rang Undang-Undang yang dicadangkan melarang amalan dan tatacara seperti berikut:-  

a) Menyalahgunakan Kedudukan Dominan

  • Tindakan atau tatacara di mana sebuah firma atau individual itu menyalahgunakan kedudukan dominon yang dimilikinya untuk memonopoli pasaran misalnya penetapan harga dibawah kos sebenar predatory pricing), penetapan harga yang tinggi secara tidak munasabah (excessive pricing), exclusive dealings dan tied selling.
     
  • Tindakan sebegini akan menyebabkan ketidakberkesanan dalam pasaran ekonomi dan juga kenaikan harga yang membebankan rakyat.

b) Hard Core Cartels

  • Di dalam pasaran yang didominasi oleh beberapa pengeluar (oligopoli), usahawan-usahawan akan bergabung untuk menetapkan harga, membahagikan pasaran, menyekat pengeluaran dan terlibat dalam bid rigging bagi meraih keuntungan yang berganda.
     
  • Usahawan-usahawan ini juga akan menyekat kemasukan usahawan baru dalam pasaran atau menyebabkan usahawan-usahawan yang sedia ada terkeluar dari pasaran disebabkan mereka tidak mampu untuk bersaing.

c) Amalan Anti-Persaingan

  • Perjanjian anti-persaingan yang menyekat dan menghapuskan persaingan seperti retail price maintenance, collusive tendering dan sekatan ke atas pengeluaran atau jualan.

Struktur Organisasi Bagi Badan Penguatkuasaan

Bagi menguatkuasakan RUU APA, satu rangka kerja untuk menubuhkan satu sistem penguatkuasaan akan diwujudkan seperti berikut :-  

  • Ahli Suruhanjaya Amalan Perdagangan Adil (SUU APA) akan terdiri daripada Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang merupakan  pegawai-pegawai Kerajaan dan juga mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam perniagaan, industri, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, perdagangan adil, undang-undang persaingan, perlindungan pengguna atau kelayakan yang bersesuaian. Suruhanjaya akan dikendalikan oleh satu badan pentadbiran;  
     
  • Tribunal Rayuan Amalan Perdagangan Adil untuk menyemak keputusan kes yang dibuat oleh Suruhanjaya; dan 
     
  • Semakan kehakiman (Judicial review) di Mahkamah Tinggi.

Suruhanjaya Amalan Perdagangan Adil

  • Suruhanjaya yang dicadangkan merupakan sebuah Suruhanjaya yang bebas di peringkat Persekutuan bagi memastikan pemantauan ke atas firma dan industri dijalankan secara efektif. Suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab untuk menggalakkan persaingan dan menghapuskan aktiviti-aktiviti anti-persaingan dalam pasaran ekonomi. Ia akan diterajui oleh seorang Pengerusi dan dibantu oleh Pesuruhjaya yang mempunyai pelbagai latar belakang profesional. Maklumat terperinci berkenaan Suruhanjaya akan dinyatakan dalam RUU APA.  

Tribunal Rayuan Amalan Perdagangan Adil

  • Satu Tribunal Rayuan Amalan Perdagangan Adil akan ditubuhkan untuk mendengar kes-kes rayuan oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya. Maklumat terperinci berkenaan Tribunal akan dinyatakan dalam RUU APA. 

Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi

  • Prosedur-prosedur sedia ada bagi tujuan semakan kehakiman akan diguna pakai bagi kes-kes persaingan.  
Paparan : 7114
Dikemas kini pada : 14 April 2012