Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
KPDNKK » Dasar Kementerian » Dasar Koperasi Negara
Web Content Display Web Content Display

PENGGUNA & PENIAGA

MEDIA

RANGKAIAN AGENSI

Web Content Display Web Content Display
Print

   Dasar Koperasi Negara

Dasar Koperasi Negara (DKN) 2002 – 2010 telah diperkenalkan dengan menggariskan beberapa strategi pelaksanaan untuk membolehkan gerakan koperasi berperanan lebih aktif dalam pembangunan negara bersama-sama sektor awam dan swasta.  Di bawah DKN 2002 – 2010, struktur kepertanggungjawaban pihak berautoriti diperkemaskan di mana semua jenis koperasi telah diletak di bawah satu Kementerian  dengan satu pihak berautoriti iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) .  Sebelum ini, koperasi asas tani dipantau oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan koperasi perikanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 

Dasar ini telah berjaya menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan gerakan koperasi secara teratur dan tersusun.  Pelaksanaannya dilakukan melalui program pembangunan perniagaan, akses kepada sumber pembiayaan, penerapan pembudayaan keusahawanan, pengemaskinian perundangan dan peningkatan dalam pengawal seliaan koperasi.  Impak daripada pelaksanaan program ini adalah peningkatan dalam pertumbuhan gerakan koperasi, kesejahteraan masyarakat koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan negara.


KENYATAAN DASAR


Perspektif Makro


  • Sektor Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara
Perspektif Mikro


 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) - bermula April 2009
SKM telah menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) pada 1 Januari 2008 

 100%
 

TERAS STRATEGIK

Lima teras strategik pembangunan koperasi:

Teras Strategik I

  • Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi

Teras Strategik II

  • Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi

Teras Strategik III

  • Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi 

Teras Strategik IV

  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi

Teras Strategik V

  • Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan
 

 IMPAK PELAKSANAAN

 

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 7797
Dikemas kini pada : 16 Mac 2012