Bahagian Pembangunan Francais
BAHAGIAN PEMBANGUNAN FRANCAIS PENDAHULUAN Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Pada 09 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembangunan Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang sekarang ini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). OBJEKTIF - Mewujudkan Industri Francais yang dinamik, kukuh melalui pembangunan Industri Francais yang elastik, lestari dan berdaya saing;
- Memastikan disiplin dan etika industri francais melalui penguatkuasaan Akta Francais 1998;
- Meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik masyarakat umum terhadap sistem industri francais;
- Mempromosi dan menggalakkan kemasukan francais tempatan ke pasaran antarabangsa; dan
- Memastikan sumbangan industri francais kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
MISI DAN VISI MISI Membantu membangunkan perniagaan Francais tempatan yang berkualiti, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Mewujudkan suasana kondusif bagi menggalakkan pembangunan Francais. VISI Mewujudkan industri Francais yang dinamik, berdaya saing, berdaya maju, berdaya tahan dan menjadi salah satu penyumbang utama dalam ekonomi negara. PERANAN - Memformulasi, merancang dan melaksanakan dasar, inisiatif dan program-program pembangunan Francais;
- Memproses permohonan pendaftaran perniagaan Francais di bawah Akta Francais 1998; dan
- Membuat peraturan kepada industri Francais melalui penguatkuasaan Akta Francais 1998.
|