Unit Komunikasi Korporat

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT


PENDAHULUAN

Unit Komunikasi Korporat telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Mac 2009 bagi menggantikan Bahagian Hal Ehwal Korporat yang telah wujud sebelum ini. Peranan utama unit ini adalah sebagai pusat rujukan Kementerian di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.


OBJEKTIF

  • Menyampaikan maklumat tentang peranan, dasar, perkhidmatan dan program Kementerian kepada orang ramai melalui media massa;
     
  • Membantu menyediakan dan menyelaras kempen-kempen publisiti Kementerian; dan
     
  • Menyediakan kaunter perkhidmatan sebagai pusat sehenti (one stop centre ) kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh KPDNKK dan  menyampaikan cadangan, aduan dan maklumbalas.


FUNGSI

  • Menjalin hubungan baik di antara Kementerian dengan pihak media supaya urusan pertukaran maklumat dapat disampaikan dengan lancar dan berkesan;
     
  • Memelihara imej Kementerian melalui keberkesanan pelaksanaan program publisiti dan kempen yang bersesuaian;
     
  • Menyelaras dan menguruskan maklumat mengenai Kementerian dan agensi;
     
  • Menggalakkan penyertaan, meningkatkan penghayatan dan kefahaman pengguna mengenai dasar dan program Kementerian;
     
  • Mengatur sidang media untuk program Y.B. Menteri, Y.B. Timbalan Menteri dan  program-program rasmi Kementerian;
     
  • Memantau, menyelaras dan menjawab teguran, kritikan dan aduan daripada pelbagai pihak yang diterima melalui media; dan
     
  • Mengurus dan mengawalselia perjalanan Kaunter Khidmat Pengguna Kementerian.
Paparan : 4048
Dikemas kini pada : 02 Ogos 2012