Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
Peniaga » Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA)
Web Content Display Web Content Display
Print

Program Transformasi Ekonomi(ETP)


BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)

Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sasarannya adalah untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari RM23,700 pada 2009 kepada lebih RM48,000 pada 2020 dengan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan. Program ini akan menfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau National Key Economic Areas (NKEA).

Salah satu daripada 12 NKEA yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan yang diletakkan di bawah tangungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Di bawah NKEA Pemborongan dan  Peruncitan ini, sebanyak 13 Entry Point Projects (EPP) telah dikenalpasti yang  akan menyumbang sebanyak RM83.4 billion Gross National Income (GNI) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru yang merangkupi pelbagai jawatan seperti pengurusan, profesional dan teknikal, eksekutif, penyelia, kerani dan sebagainya sepanjang 10 tahun akan datang.

 

13 EPP tersebut ialah:

EPP 1 : Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

EPP 2 : Pasar Komuniti dan Pasar Karavan (PAKAR)

EPP 3 : Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM)

EPP 4 : Bazar Makanan

EPP 5 : Pembangunan Kedai Format Besar

EPP 6 : Gedung 1Malaysia

EPP 7 : Gedung Maya

EPP 8 : Pengambilalihan Jenama Asing

EPP 9 : Resort Sejahtera

EPP 10 : Bebas Cukai Malaysia 

EPP 11 : Jualan Bersepadu 1Malaysia

EPP 12 : Big Box Boulevard

EPP 13 : Hub Runcit KLIA

 

 

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 28448
Dikemas kini pada : 14 April 2012