Anugerah Sempena Hari Pengguna 09

ANUGERAH HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan Sambutan Hari Pengguna Malaysia (HPM'09) pada 24-26 Julai 2009. Bersempena sambutan HPM '09 dua kategori anugerah iaitu Anugerah Syarikat Mesra Pengguna dan Anugerah Organisasi Pengguna dibuka untuk pencalonan. Kepada yang berminat dan berkelayakan dijemput untuk menyertai anugerah ini.

 

Anugerah Syarikat Mesra Pengguna 2009

Syarat-syarat penyertaan:

 

1.Pemohon adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

2.Pemohon adalah syarikat yang melaksanakan pengeluaran yang mesra pengguna dengan matlamat utama untuk membantu kesejahteraan hidup pengguna.

3.Pemohon mempunyai rekod baik dalam pasaran dan mengambil berat akan maklum balas pengguna.

 

Prosedur permohonan:

 

1.Pemohon hendaklah mengisi Borang Pencalonan KPDNKK/ HPM09/AK/ASP dengan lengkap.

2.Permohonan disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

i.Salinan sijil-sijil penghargaan

ii.Sertakan gambar, salinan keratan akhbar, majalah dan artikel aktiviti seperti aktiviti sosial, ekonomi dan kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyokong program mesra pengguna.

iii.Salinan dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan.

3.Para pemohon hendaklah menulis jenis kategori pada sebelah kanan atas sampul surat semasa mengirimkan borang pencalonan.

4.Borang pencalonan serta dokumen sokongan hendaklah dihantar terus kepada Urusetia Pemilihan Anugerah Kepenggunaan 2009 selewat-lewatnya 10 Julai 2009.

 

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di laman web rasmi KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my atau hubungi
Urusetia JK Pemilihan Anugerah Kepenggunaan,
Hari Pengguna Malaysia 2009
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No.13, Aras 4,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 W.P. Putrajaya

 

Tel : 03-8882 6342      

 

Anugerah Organisasi Pengguna 2009

Syarat-syarat penyertaan:

 

1.Pemohon hendaklah berdaftar dengan Registrar of Society (ROS) dan merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

2.Pemohon terlibat dalam projek, aktiviti kepenggunaan peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa dari 1 Jun 2008 hingga 31 Mei 2009.

3.Pemohon pernah terlibat dalam aktiviti sosial, ekonomi dan kemasyarakatan.

4.Pemohon mempunyai hasil penulisan, karya, penerbitan yang dihasilkan oleh organisasi.

 

Prosedur permohonan:

1.Pemohon hendaklah mengisi Borang Pencalonan KPDNKK/ HPM09/AK/AOP dengan lengkap.

2.Permohonan disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

i.Salinan sijil-sijil penglibatan dan sijil-sijil penghargaan dalam menjayakan aktiviti atau program kepenggunaan.

ii.Sertakan gambar, salinan keratan akhbar, majalah dan artikel projek/program/aktiviti yang diceburi.

iii. Salinan poster/penulisan

iv.Salinan dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan

3.Para pemohon hendaklah menulis jenis kategori pada sebelah kanan atas sampul surat semasa mengirimkan borang pencalonan.

4.Borang pencalonan serta dokumen sokongan hendaklah dihantar terus kepada Urusetia Pemilihan Anugerah Kepenggunaan 2009 selewat-lewatnya 10 Julai2009.

 

Pertanyaan :
Encik Eadie Nor Faizal 03-8882 5968 / eadie@kpdnkk.gov.my
atau Cik Rabiah Embong 03-8882 6181 / rabiah@kpdnkk.gov.my

Paparan : 8814
Dikemas kini pada : 25 Mac 2012