Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
Pengguna » Indeks Harga Pengguna » Nota Teknikal IHP
Web Content Display Web Content Display

PENGGUNA & PENIAGA

MEDIA

RANGKAIAN AGENSI

Web Content Display Web Content Display
Print

NOTA TEKNIKAL IHP

  1. Indeks Harga Pengguna (IHP) menggambarkan kadar inflasi di Malaysia yang mengukur kadar perubahan harga runcit bagi 460 barangan dan perkhidmatan yang berasaskan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah yang dijalankan daripada bulan Jun 2004 hingga Mei 2005.  Barangan dan Perkhidmatan yang diliputi dalam “bakul” ini dikelaskan dalam dua belas kumpulan berpandu kepada United Nations Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP).

  2. IHP mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi “bakul” tetap barangan dan perkhidmatan yang mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.  “Bakul” merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang seakan-akan sama atau tidak berubah, mengandungi item yang berada lama atau boleh diukur secara berterusan di pasaran berbanding dengan masa.  Perubahan harga barangan yang berlaku dalam bakul ini adalah disebabkan perubahan harga yang sebenar sahaja, iaitu perubahan harga ini tidak berkaitan langsung dengan perubahan kuantiti atau kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut.

  3. IHP bagi setiap kawasan mengukur perubahan harga dari sesuatu tempoh ke tempoh yang lain dalam kawasan tersebut. IHP kawasan juga menunjukkan pergerakan harga pada sesuatu masa di setiap kawasan dan ia tidak menunjukkan perbezaan harga antara kawasan.  Maka Indeks bagi Malaysia pula ialah indeks komposit berdasarkan wajaran perbelanjaan kawasan yang dikira dari tiga indeks kawasan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

  4. Bermula dengan keluaran indeks Januari 2006, indeks kawasan (Malaysia, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) dikira berdasarkan gabungan indeks bandar dan luar bandar menggunakan wajaran komposit masing-masing.

 

Paparan : 33762
Dikemas kini pada : 20 April 2011