Anugerah Kedai Harga Patut telah pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun 2003 bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menawarkan produk dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan kompetitif bertepatan dengan kualiti yang ditawarkan kepada pengguna. Matlamat jangka panjang pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan sumber pendapatan dan kualiti perkhidmatan sektor perdagangan pengedaran dan peruncitan. Secara tidak langsung, ia dapat menjadikan Malaysia sebagai suatu destinasi membeli-belah yang utama di kalangan para pelancong dari dalam dan luar negara.
DEFINISI ”KEDAI HARGA PATUT”
Kedai Harga Patut adalah premis perniagaan yang menjual barangan keperluan pengguna pada harga yang berpatutan dan berdaya saing bertepatan dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.
OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan Anugerah ini adalah untuk:
Memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barang dengan harga berpatutan dan berkualiti di Kedai Harga Patut;
Menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi dan seterusnya berbelanja di pusat membeli-belah dan premis perniagaan di seluruh negara;
Memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang menjual barang dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barang, perkhidmatan jualan dan etika perniagaan; dan
Meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli-belah.
KUMPULAN SASARAN
Anugerah ini disasarkan kepada pemilik premis perniagaan yang menjual barangan keperluan pengguna termasuk produk tarikan pelancong.
KATEGORI PENYERTAAN
Penyertaan bagi anugerah ini dibuka kepada semua pemilik perniagaan di seluruh negara yang menjual barangan mengikut kategori berikut:
KOD
KATEGORI
01
Barang Kulit / Kasut / Beg
02
Barang Elektrik & Elektronik
03
Barang kraftangan/antik/batik/songket (termasuk pewter, alat muzik, antik dan lain-lain)
04
Barang Kemas / Aksesori
05
Tekstil/pakaian (termasuk kain ela, ’garment/apparel’, tali leher dan lain-lain)
06
Kamera
07
Jam Tangan
08
Kosmetik / Wangian
09
Kaset & Cakera Optik
10
Alat Telekomunikasi
11
Buku / Majalah
12
Barang Optik & Cermin Mata
13
Komputer & Aksesori
14
Kedai runcit
15
Mini market
16
Pasar raya
17
Pasar raya besar
18
Departmental store
19
Kedai makan/restoran
20
Gerai makan
KRITERIA PENILAIAN
Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:
a) Kriteria asas:
Tanda harga barangan yang jelas;
Tanda harga barangan promosi yang jelas;
Harga barang yang munasabah;
Kepelbagaian barang; dan
Keaslian barang
b) Perkhidmatan jualan:
Kepelbagaian kaedah bayaran;
Pemulangan dan penukaran barangan yang dijual;
Kakitangan premis mempunyai pengetahuan ke atas barang yang dijual;
Layanan kepada pelanggan;
Kebolehan dan penggunaan bahasa (Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan dialek);
Keterampilan kakitangan/ wakil jualan.
c) Persekitaran & suasana
Persekitaran/suasana yang baik untuk pelanggan tempatan/luar negara;
Lokasi premis yang strategik.
d) Peragaan barangan
Peragaan produk dalam keadaan baik (tiada barangan yang rosak, kemek, berkarat atau tamat tempoh);
Mesra pelanggan (barangan mudah diambil);
Barangan disusun mengikut kadar permintaan pengguna.
e) Perkhidmatan tambahan
Menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan (penghantaran barang, membalut hadiah);
Menawarkan kad keahlian (mata ganjaran/ diskaun pembelian);
f) Sokongan kepada program/ dasar Kerajaan
Menyokong kempen/ dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan;
Mengamalkan pengurusan perniagaan secara lestari.
Proses penilaian akan dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Penilaian Anugerah yang terdiri daripada wakil KPDNKK, Pejabat Negeri dan wakil Kementerian Kesihatan.
PENGIKTIRAFAN
Premis-premis perniagaan yang diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut akan menerima sijil pengiktirafan beserta trofi. Selain itu, premis yang diiktiraf akan diberi publisiti melalui media cetak dan media elektronik serta disenaraikan di dalam buku direktori pada tahun tersebut.
CARA PENYERTAAN
Pihak Kementerian akan mengeluarkan iklan penyertaan di dalam akhbar-akhbar utama pada tarikh yang akan ditentukan. Semua penyertaan perlu mengisi borang secara online melalui laman sesawang Kementerian www.kpdnkk.gov.my.
NOTA:
Pihak Kementerian berhak menurut budi bicaranya yang mutlak untuk menambah, membatal atau meminda mana-mana syarat dan peraturan pemberian anugerah ini pada bila-bila masa tanpa mengemukakan notis bertulis kepada peserta terlebih dahulu.
Sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Kedai Harga Patut boleh disalurkan kepada :
Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan No.13, Persiaran Perdana, Presint 2 62623 Putrajaya Tel : 03-8882 6203 Faks : 03-8882 5826