Penguatkuasaan Akta Timbang dan Sukat 1972
Penguatkuasaan Akta Timbang dan Sukat 1972
Akta Timbang dan Sukat 1972
Objektif akta ini adalah untuk mengawal selia timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan:
- Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan menepati rekabentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat.
- Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentusahkan.
- Mengawal selia lesen yang dikeluarkan kepada pembuat, pembaik dan penjual alat-alat timbang dan sukat.
- Mengawal selia syarikat berlesen untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan alat-alat timbang dan sukat.
Dikemas kini pada : 14 Jun 2012










