Award Tribunal
Award Tribunal
- Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan, membuat awardnya dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal.
- Dalam pendengaran yang dijalankan, Tribunal boleh membuat satu atau lebih daripada award yang berikut:-
a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;
b) supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula;
c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;
d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;
e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;
f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pihak Yang Menuntut;
g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;
h) supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
i) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan;
j) bahawa tuntutan itu ditolak.
Dikemas kini pada : 30 Julai 2012











