Tatacara Pendengaran
- Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, Setiausaha kepada Tribunal hendaklah memberik notis tentang butir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran dalam Borang 4 kepada pihak yang menuntut dan penentang tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
- Tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara semasa pendengaran di Tribunal.
- Jika Pihak Yang Menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
- Jika pihak Penentang adalah sebuah firma atau syarikat ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.
- Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka.
- Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah jika wajar, membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.
- Semasa pendengaran kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.
- Semua pendengaran di Tribunal terbuka kepada orang ramai.
Paparan : 4312
Dikemas kini pada : 04 Mei 2012