Penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961

Penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961

Perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini adalah:-

   1. Menjual barang kawalan berlebihan daripada keperluan biasa

   2. Menjual barang kawalan tanpa lesen

   3. Menjual dan menyimpan barang kawalan selain dari tempat yang dinyatakan dalam lesen

   4. gagal mematuhi syarat-syarat lesen

   5. Menafikan mempunyai barang kawalan dalam miliknya

   6. Enggan menjual barang kawalan

   7. Gagal mempamerkan lesen

   8. Mengenakan syarat dalam penjualan barang kawalan

   9. Menjual barang berjadual tanpa lesen

  10. Tidak menunjukkan lesen ditempat yang mudah dilihat

  11. Membeli barang berjadual dari orang yang tidak mempunyai lesen

  12. Pemborong, peruncit dan pengilang tidak menyenggara buku stok

  13. Gagal mengendalikan pengilangannya hingga had keupayaan normal

  14. Mengendalikan pengilangan kurang daripada jumlah jam yang ditetapkan dalam lesen

  15. Gagal melaporkan kepada pengawal mengenai pemberhentian pengilangan

  16. Menyorok atau memusnahkan barang kawalan

  17. Memindahkan barang kawalan daripada tempat perniagaan dan menyimpan barang kawalan selain daripada tempat perniagaan berlesen

  18. Memiliki barang kawalan secara tidak sah


Penalti Kesalahan:-

  a) Individu

  • Kesalahan Pertama
    RM100, 000.00 atau 3 tahun penjara
  • Kesalahan Berikutnya
    RM250, 000.00 atau 5 tahun penjara

  b) Syarikat

  • Kesalahan Pertama
    RM250,000.00
  • Kesalahan Berikutnya
    RM500,000.00