Barang-Barang Yang Dilarang Eksport
AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 PERATURAN-PERATURAN
KAWALAN BEKALAN (LARANGAN EKSPORT) 2011
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah mewartakan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang berkuatkuasa pada 15 Mac 2011. Di bawah peraturan ini, mana-mana orang tidak boleh mengeksport apa-apa barang kawalan seperti berikut:
| BIL. | BARANG KAWALAN |
| 1. | Tepung gandum |
| 2. | Bahan api diesel |
| 3. | Petrol RON 95 |
| 4. | Gas Cecair Petroleum |
Larangan eksport ini tidak terpakai kepada pengilang barang kawalan yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Mulai tarikh ini, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2000 adalah TERBATAL.
Link kepada Warta Kerajaan,
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
Control Of Supplies (Prohibition On Export) Regulations 2011









