Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

Intipati

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).

Di bawah Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:
  • Hari Raya Puasa
  • Tahun Baru Cina
  • Deepavali
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan
  • Hari Gawai

Tujuan
  • Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (mencatut)
  • Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan
  • Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan


Tempoh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan SKHMP ditetapkan mengikut keperluan musim perayaan berkenaan.

  Contoh :
  • Hari Raya Puasa: Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari (sebelum, semasa dan selepas perayaan)
  • Hari Krismas: Tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari (sebelum, semasa dan selepas perayaan)

Jenis Barang Harga Terkawal

Jenis barang yang terlibat adalah berbeza mengikut perayaan.

Contoh :
  • Hari Raya Puasa 2011 - 19 jenis barang
  • Krismas 2011 - 13 jenis barang
 
  • Rujuk lampiran

Kewajipan peniaga
  • Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
  • Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
  • Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.


Kesalahan
  • Menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum
  • Gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal
  • Tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan

Denda
  • Orang perseorangan - maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan - maksimum RM500,000

     

 BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

 HARI RAYA PUASA 2014

1.

 Ayam hidup

2.

 Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)

3.

 Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4.

 Daging lembu tempatan

5.

 Daging lembu import (Harga Maksimum di Negeri Sarawak Sahaja)

6.

 Daging kerbau import (India)

7.

 Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)

8.

 Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)

9.

 Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)

10.

 Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing)

11.

 Cili merah

12.

 Tomato

13.

 Kelapa biji (borong sahaja)

14.

 Kelapa parut (runcit sahaja)

15.

 Bawang merah kecil (India)

16.

 Bawang putih import (China)

17.

 Uni kentang import (China)

18.

 Ikan kembung termasuk ikan mabung (8-11)



 BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

  HARI GAWAI 2014

1.

 Ayam hidup

2.

 Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)

3.

 Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4.

 Ayam tua hidup (Harga maksimum di Negeri Sarawak sahaja)

5.

 Daging lembu import (Harga maksimum di Negeri Sarawak sahaja)

6.

 Babi hidup (Harga maksimum dikawal di peringkat ladang sahaja)

7.

 Daging babi (perut)

8.

 Daging babi (Daging dan lemak)

9.

 Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)

10.

 Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)

11.

 Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)



 BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

  PESTA KEAMATAN 2014

1.

 Ayam hidup

2.

 Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)

3.

 Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4.

 Kepak ayam

5.

 Daging lembu tempatan (Harga maksimum di Negeri Sabah dan WP Labuan  sahaja)

6.

 Babi hidup (Harga maksimum dikawal di peringkat ladang sahaja)

7.

 Daging babi (perut)

8.

 Daging babi (Daging dan lemak)

9.

 Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)

10.

 Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)

11.

 Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)

12.

 Daging Kerbau Import (India)



BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

  TAHUN BARU CINA 2014

1.

 Ayam hidup

2.

 Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)

3.

 Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4.

 Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)

5.

 Bawang Putih (China)

6.

 Ikan bawal putih besar (berat antara 41 ekor - 60 ekor/kg)

7.

 Daging babi (perut)

8.

 Daging babi (Daging dan lemak)

9.

 Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)

10.

 Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)

11.

 Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)

12.

 Udang putih besar (berat antara 41 ekor - 60 ekor/kg)

13.

 Babi hidup (Harga maksima dikawal di peringkat ladang sahaja)