PROGRAM PEMASARAN PRODUK USAHAWAN DI HYPERMARKET

Bagaimanakah proses pemilihan syarikat PKS dibuat bagi menyertai program ini?
- Program ini adalah terbuka kepada semua PKS dan pemilihan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Garis Panduan Penyenaraian Tetap Produk PKS di dalam Hypermarket yang boleh didapati di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Apakah keistimewaan program ini?
- Objektif utama program ini adalah bagi membantu syarikat-syarikat PKS untuk menyenarai tetap produk mereka ke rangkaian peruncitan tempatan dan asing di Malaysia.
- Program ini juga sebagai satu platform untuk memasar dan mempromosi produk masing-masing secara terus kepada pembeli dengan kerjasama pihak pasar raya besar tempatan dan asing di Malaysia.
Bagaimanakah syarikat saya boleh menyertai proram ini?
- Sediakan profil syarikat yang lengkap seperti berikut:
- Latar Belakang Syarikat;
- Carta Organisasi Syarikat;
- Keterangan produk;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Pensijilan Halal (Wajib untuk makanan & minuman);
- Sijil Fakta Nutrisi (Wajib untuk makanan & minuman); dan
- HACCP/GMP/GAP/ISO/BRC (Sekiranya ada)
- Hantarkan profil tersebut kepada:
Pengarah,
Bahagian Pembangunan Perniagaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Aras 5, Lot 2G3, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Hotline : 1800-886-800
Tel. : 603-8882 5500
Fax : 603-8882 5826