Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
Peniaga » Pembangunan Perniagaan » Etika Perniagaan Islam
Web Content Display Web Content Display

PENGGUNA & PENIAGA

MEDIA

RANGKAIAN AGENSI

Web Content Display Web Content Display
Print

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Program Latihan Etika Perniagaan Islam ini dianjurkan oleh Kementerian dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen. Program latihan ini dikhususkan kepada Usahawan-Usahawan Islam Malaysia untuk menyalurkan pengetahuan serta meningkatkan kefahaman para usahawan Islam tempatan tentang konsep etika perniagaan yang sebenar.

Program latihan ini juga diharapkan dapat menjadi wadah dan medan diskusi tentang keperluan amalan etika perniagaan yang murni dikalangan usahawan serta dapat membantu usaha Kementerian untuk membangunkan persekitaran perniagaan yang sejahtera di negara yang terdiri dari pelbagai budaya, agama dan bangsa.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah seperti berikut:

  • Menyalurkan ilmu serta maklumat tentang Etika Perniagaan Islam kepada usahawan-usahawan Islam tempatan.
  • Meningkatkan kefahaman dikalangan peserta tentang prinsip, falsafah dan asas-asas Rukuniaga.
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan peserta tentang keperluan dan kepentingan perlaksanaan tanggungjawab sosial dikalangan ahli perniagaan.
  • Mendedahkan para peserta dengan isu dan cabaran perlaksanaan Etika Perniagaan Islam dalam dunia perniagaan.

Pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh disalurkan ke alamat seperti berikut:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Hotline : 1800-886-800
603-8882 5500
603-8882 5826

Paparan : 4937
Dikemas kini pada : 15 April 2011