Seminar pembangunan perniagaan
Seminar Pembangunan Perniagaan
Program ini merupakan program kerjasama di antara KPDNKK dan Persatuan Perniagaan/NGO. Ia bertujuan untuk memberi maklumat/pengetahuan dan pendedahan kepada usahawan mengenai program-program yang dianjurkan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam membantu membangunkan usahawan. Selain itu, program ini juga turut menyalurkan maklumat mengenai peningkatan produk dari segi pembungkusan, pelabelan, penjenamaan dan pemasaran produk ke hypermarket. Program ini terbuka kepada semua usahawan yang berminat secara percuma.
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk:
- Meningkatkan pengetahuan usahawan mengenai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam membantu membangunkan perniagaan mereka;
- Memberi peluang kepada usahawan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan melalui saluran yang betul; dan.
- Membuka peluang jaringan perniagaan di kalangan usahawan
Sebarang pertanyaan mengenai Seminar Pembangunan Perniagaan boleh disalurkan kepada:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
62623 Putrajaya
Tel : 03-8882 6203
Faks : 03-8882 5826
Dikemas kini pada : 21 April 2012










