Penubuhan Akademi Peruncitan adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan latihan formal peruncitan yang bertauliah kepada pekerja sedia ada di dalam sektor peruncitan dan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu peruncitan. Ia juga bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang peruncitan ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan dan penyampaian sektor tersebut. Selain itu, penubuhan akademi ini juga adalah untuk memastikan sektor peruncitan yang dinamik dapat diwujudkan dengan harapan untuk melahirkan para pekerja yang berpengetahuan serta berkemahiran bagi memastikan sektor ini dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat yang telah digariskan dalam program transformasi ekonomi.
Untuk muat turun borang penyertaan dan pamplet Sila klik di sini
TENTATIF PROGRAM KURSUS PERUNCITAN 2012
Bil.
Tajuk Kursus
Kumpulan Sasaran
Tarikh
Lokasi
1.
Pengurusan Pasar Mini
Pemilik Pasar Mini
17 - 18 April 2012
29 - 30 Mei 2012
Johor Bharu, Johor
Bayan Lepas, Pulau Pinang
2.
Pengurusan Perniagaan Kek dan Bakeri
Pengusaha/Pemilik/ Peniaga Kek Dan Bakeri
8 – 9 Mei 2012
Lumut, Perak
3.
Pengurusan Restoran/Katering
Pengusaha Restoran/Katering
5 - 6 Jun 2012
3 - 4 Julai 2012
Kuching, Sarawak
Bera, Pahang
4.
Pengurusan Perniagaan Pelancongan Homestay
Pengusaha Hotel Bajet/ Homestay
2 - 3 Oktober 2012
Kuala Terengganu, Terengganu
* Tarikh dan lokasi kursus adalah tertakluk kepada perubahan.
OBJEKTIF KURSUS
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menguruskan perniagaan pasar mini/ restoran & katering/ homestay
Pendedahan kepada teknik-teknik pengurusan perniagaan pasar mini/ restoran & katering/ homestay yang cemerlang
SASARAN PESERTA
Mereka yang telah menceburi perniagaan pasar mini/ restoran & katering/ homestay (peniaga sedia ada)
TEMPOH KURSUS
2 hari 1 malam
YURAN PENYERTAAN
Percuma
LOGISTIK
Penginapan dan makan minum disediakan
MODUL KURSUS PERUNCITAN DALAM BIDANG PENGURUSAN PASAR MINI
Kenali Diri dan Perniagaan Anda
Analisis Perniagaan Pasar Mini Anda
Menerokai Peluang Perniagaan Pasar Mini
Memahami Hak – Hak dan Gelagat Pengguna
Pengurusan Peragaan
Pengurusan Stok
Pengurusan Tunai Pasar Mini
Perkongsian Pengalaman
MODUL KURSUS PERUNCITAN DALAM BIDANG PENGURUSAN RESTORAN & KATERING
Kenali Diri dan Perniagaan Restoran & Katering Anda
Analisis Peluang Perniagaan Restoran & Katering
Meneroka Peluang Perniagaan Restoran dan Katering Anda
Memahami Gelagat dan Hak-hak Pengguna/Pelanggan
Strategi Perniagaan Restoran & Katering
Keperluan Pengurusan Kewangan
Perkongsian Pengalaman
MODUL KURSUS PERUNCITAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN PELANCONGAN HOMESTAY
Kenali Diri dan Perniagaan Pelancongan Homestay Anda
Analisis Peluang Perniagaan Pelancongan Homestay Anda
Meneroka Peluang Perniagaan Pelancongan Homestay Anda
Memahami Gelagat dan Hak-hak Pengguna/Pelanggan
Konsep Perniagaan Homestay
Strategi Perniagaan Pelancongan Homestay
Keperluan Pengurusan Kewangan
MODUL KURSUS PERUNCITAN DALAM BIDANG PENGURUSAN PERNIAGAAN KEK DAN BAKERI
Kenali Diri dan Perniagaan Kek dan Bakeri Anda
Analisis Peluang Perniagaan Kek dan Bakeri
Meneroka Peluang Perniagaan Kek dan Bakeri Anda
Keselamatan dan Sanitasi
Pensijilan Halal
Memahami Gelagat dan Hak-hak Pengguna/Pelanggan
Strategi Perniagaan Kek dan Bakeri
Keperluan Pengurusan Kewangan
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh disalurkan kepada:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Aras 5 (Menara)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
No.13, Persiaran Perdana
Presint 2
62623 PUTRAJAYA.
Tel : 03-8882 6203
Faks : 03-8882 5826
u.p. : 03-8882 5775 - Puan Sarinam Saret
: 03-8882 6200 - Cik Siti Halimah Husaini