Suruhanjaya Syarikat Malaysia ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan dari segi informasi, undang-unadang dan akta, pembangunan, dan responsif kepada persekitaran perniagaan demi membantu menjana tahap kompetitif ekonomi dan juga negara secara keseluruhannya.
Antara misi-misi Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah:
Mempromosi dan menanam persekitaran perniagaan yang kondusif yang melalui akta-akta syarikat yang berkesan.
Menyalurkan informasi servis (yang dibantu oleh teknologi terkini) yang cepat dan tepat dan juga lebih bermakna kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Mengekalkan pengurusan korporat yang berkesan dan sentiasa berkembang dengan memberikan tunjuk-ajar dari masa ke semasa, pemantauan yang efektif, dan penggunaan penguatkuasaan dengan kaedah yang berkesan dan professional.
Antara objektif-objektif yang telah digariskan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah:
untuk mencapai kecemerlangan dalam operasi dari segi menyediakan perkhidmatan melalui inovasi dan penggunaan teknologi serta saluran penghantaran
untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan tenaga kerja yang berkebolehan dan berkepelbagaian
untuk memula, membangunkan dan menjalankan rangka kerja yang lebih komprehensif dalam kitaran dan persekitaran perdagangan yang sering berubah
untuk mengekalkan pengawalan korporat yang baik melalui pembelajaran tanpa henti
untuk memastikan kesaksamaan melalui pengawalan dan pengwajiban yang efektif
untuk mempertingkat keuntungan dan tahap keberkesanan operasi untuk memastikan peningkatan yang dapat dikawal terhadap mutu kewangan
untuk bergabung tenaga dengan badan-badan profesional, agensi-agensi berkaitan dan pengurus-pengurus korporat antarabangsa
untuk membangunkan dan mengekalkan imej korporat yang terbaik
Sila ke alamat yang berikut untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai Pengurusan Korporat.