| KESELAMATAN INDUSTRI PETROLEUM Unit Keselamatan Petroleum Unit Keselamatan Petroleum bertanggungjawab dalam menjamin dan memantau keselamatan dalam industri petroleum dengan menyedia dan mengemaskini dasar, akta dan peraturan-peraturan khususnya Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984. Akta ini mengawal aspek keselamatan petroleum dari aspek penstoran, pengendalian, pengangkutan dan peralatan /perkakasan. Unit ini berfungsi untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan melalui program-program taklimat, seminar, bengkel dan kursus selain menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh jabatan atau agensi yang terlibat melalui Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Secara khususnya, Unit Keselamatan Petroleum bertanggungjawab dalam menyelaras dasar keselamatan petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 [Akta 302]. Dua peraturan di bawah akta ini adalah : - Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Air) 1985
- Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985
|  |
| Unit Keselamatan Petroleum juga bertanggungjawab untuk: | 
| Mengawasi pelaksanaan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan akta dan peraturan tersebut di atas oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan yang berkaitan |  | Bertindak sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Keselamatan Industri Petroleum |  | Menyelenggara data dan maklumat keselamatan industri petroleum |  | Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan (safety) industri petroleum; dan |  | Membantu dan menasihati pihak-pihak yang berkaitan bagi perkembangan serta kemajuan keselamatan industri petroleum Negara. |  | Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Jalan Keretapi) | | | | Unit ini juga bertindak sebagai Urus setia bagi Jawatankuasa Menimbang & Meluluskan Permohonan di bawah Seksyen 21 (1) dan Seksyen 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 [Akta 311].  | Seksyen 21(1) Tiada seorang pun boleh membina, mengendali atau menggunakan mana-mana pulau, pepasangan atau struktur buatan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua melainkan dengan kuasa Kerajaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakannya
|  | Seksyen 22(1) Tiada seseorang pun boleh memasang kabel-kabel bawah tanah atau talian paip dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua tanpa persetujuan Kerajaan mengenai penandaan arah memasangkan kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut.
|  | Seksyen 22(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Kerajaan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu bagi memasang atau menyelenggara kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut dalam menjalankan hak-haknya untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi penjelajahan pelantar benua, pengeksploitasian sumber alam dan pencegahan, pengurangan dan kawalan dari pencemaran kabel-kabel atau talian-talian paip tersebut. | Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan keselamatan dalam industri petroleum boleh dianjurkan kepada :- Pengarah Kanan, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Unit Keselamatan Petroleum, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Tel:03 - 88825838 | Puan Che Norshina binti Mohd Hashim Ketua Penolong Pengarah Unit Keselamatan Petroleum, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Tel:03 - 8882 5844 Email : :norshina@kpdnkk.gov.my | Cik Masturah binti Abd. Aziz Penolong Pengarah Unit Keselamatan Petroleum, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Tel:03 - 8882 5924 Email :masturah@kpdnkk.gov.my | Cik Nadiya binti Nazri Penolong Pengarah Unit Keselamatan Petroleum, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Tel:03 - 8882 5924 Email :nadiya@kpdnkk.gov.my | | |

Paparan : 47578
Dikemas kini pada : 22 April 2012