Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
Peniaga » Syarat Khas Pemborong, Pengilang dan Penjual » Syarat Khas Pemborong Minyak Masak
Web Content Display Web Content Display
Print

Syarat-syarat Khas Bagi Pemborong Minyak Masak Selain Daripada Minyak Babi

  1. Pemegang Lesen Ini Adalah Dilarang Daripada Mengedar Atau Ada Dalam Milik Atau Kawalannya Minyak Masak Dalam Tin-Tin Atau Bekas-Bekas Terpakai Atau Yang Mempunyai Tanda-Tanda Yang Ianya Telah Terpakai Oleh Mana-Mana Kilang Minyak Masak Bagi Tujuan Untuk Jualan Atau Edaran Kepada Pengguna.

  2. Pemegang Lesen Ini Adalah Dilarang Di Premisnya, Daripada Lesen Ini Adalah Ada Dalam Milik Atau Kawalannya Tin-Tin Atau Bekas-Bekas Terpakai Yang Telah Digunakan Untuk Mengisi Minyak Babi Atau Yang Mempunyai Tanda-Tanda Yang Babi.

  3. Pemegang Lesen Ini Tidak Dibenarkan Meletakkan Label, Tag, Atau Tanda Yang Menunjukkan Kuantiti Minyak Masak Dalam Apa-Apa Bungkusan Selain Daripada Berat Minimum Dalam Unit Metrik.

  4. Pemegang Lesen Ini Tidak Dibenarkan Membungkus Apa-apa Kuantiti Minyak Masak bagi Maksud Jualan Runcit, Membekal atau Menawar Untuk Membekalkan Minyak Masak Bagi Maksud Jualan Runcit Dalam Apa-apa Saiz Pembungkusan Selain Daripada Saiz-Saiz 500gram, 1kilogram(Kg), 2kg, 3kg, 5kg Dan 17kg.

  5. Pemegang Lesen ini Hendak Merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Sebelum Menaikkan Harga Minyak Masak.

Paparan : 8031
Dikemas kini pada : 27 Disember 2010