Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
Peniaga » Syarat Khas Pemborong, Pengilang dan Penjual » Syarat Khas Pengilang Minyak Masak
Web Content Display Web Content Display
Print

Syarat-syarat Khas Bagi Pengilang Minyak Masak Selain Daripada Minyak Babi

  1. Pemegang Lesen Ini Adalah Dilarang Daripda Mengguna Semua Tin-Tin Atau Bekas-Bekas Terpakai Atau Yang Mempunyai Tanda-Tanda Yang Ianya Telah Terpakai Sama Ada Kepunyaan Sendiri Atau Kepunyaan Orang Lain Untuk Mengisi Minyak Masak Keluaran Kilangnya Untuk Jualan Atau Edar Kepada Pengguna.

  2. Pemegang Lesen Ini Adalah Dilarang Daripada mengguna Atau Menyimpan Atau Ada Dalam Miliknya Atau Kawalannya Tin-Tin Atau Bekas-Bekas Terpakai Yang Telah Digunakan Untuk Mengisi Minyak Babi Atau Yang Mempunyai Tanda-Tanda Yang Boleh Disyaki Sebagai Telah Digunakan Untuk Mengisi Minyak Babi.

  3. Pemegang Lesen Ini Tidak Dibenarkan Meletakkan Label, Tag Atau Tanda Yang Menunjukkan Kuantiti Minyak Masak Dalam Apa-Apa Bungkusan Selain Daripada Berat Minimum Dalam Unit Metrik.

  4. Pemegang Lesen Ini Tidak Dibenarkan Membungkus Apa-Apa Kuantiti Minyak Masak Bagi Maksud Jualan Runcit, Membekal Atau Menawar Untuk Membekalkan Minyak Masak Bagi Maksud Jualan Runcit Dalam Apa-Apa Saiz Pembungkusan Selain Daripada Saiz-Saiz 500gram, 1kilogram (Kg), 2kg, 3kg, 5kg Dan 17kg.

  5. Pemegang Lesen ini Hendaklah Merujuk Kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Sebelum Menaikkan Harga Minyak Masak.

Paparan : 4674
Dikemas kini pada : 27 Disember 2010