Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna
GERAKAN KEPENGGUNAAN
Gerakan Kepenggunaan terdiri dari organisasi kepenggunaan seperti Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK), Majlis Hak Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN), Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah (MHEPD), Pembantu Hal Ehwal Pengguna Bahagian Parlimen (PHEPBP) dan Rakan Pengguna(RP).
Penstrukturan Semula Gerakan Pengguna Negeri dan Daerah
Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK), Majlis Hak Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN), Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah (MHEPD), Pembantu Hal Ehwal Pengguna Bahagian Parlimen (PHEPBP) dan Rakan Pengguna (RP) merupakan organisasi kepenggunaan yang mewakili semua lapisan pengguna di negara ini. Memandangkan peranan yang dimainkan oleh organisasi ini perlu diperkukuhkan, penstrukturan semula telah dilakukan bagi membolehkan organisasi ini memainkan peranan secara lebih berkesan dalam pembangunan gerakan kepenggunaan.
Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan(MGPK)
Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK) yang dikenali sebelum ini, telah diperkukuhkan dan dijenamakan semula dengan nama baru iaitu Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK). MGPK dipengerusikan oleh Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan manakala ahli-ahlinya terdiri daripada wakil-wakil NGO yang menjadi Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri (GPN). Fungsi MGPK adalah untuk mengenengahkan isu dan masalah kepenggunaan di peringkat negeri ke peringkat kebangsaan supaya isu dan masalah tersebut akan dapat ditangani dengan sewajarnya.
Majlis Gerakan Pengguna Negeri (GPN)
Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN) yang dikenali sebelum ini telah distruktur semula dengan nama baru iaitu Gerakan Pengguna Negeri (GPN). GPN dipengerusikan secara bersama oleh (PPDNHEP) dan wakil Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) yang merupakan ahli MGPK. GPN turut dianggotai oleh wakil pejabat SUK Negeri, wakil NGO-NGO peringkat negeri, wakil Pejabat Pembangunan Negeri (SDO), Polis, wakil organisasi belia, wakil Pejabat Pelajaran Negeri, wakil Jabatan Penerangan, Pengerusi Rakan Pengguna Negeri dan lain-lain ahli yang difikirkan perlu.
Gerakan Pengguna Daerah (GPD)
Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah (MHEPD) juga telah distruktur semula dengan nama Gerakan Pengguna Daerah (GPD) yang dikenali sebelum ini. GPD dipengerusikan oleh Ketua Rakan Pengguna Daerah yang akan dilantik oleh Gerakan Pengguna Negeri (GPN) untuk tempoh jawatan selama 2 tahun. Keanggotaan GPD adalah terdiri dari wakil Pejabat Daerah / Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), wakil NGO-NGO peringkat daerah, Polis, wakil organisasi belia daerah, wakil Pejabat Pelajaran Daerah dan wakil Majlis Kerajaan Tempatan.
Rakan Pengguna
RAKAN PENGGUNA dahulunya dikenali dengan Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) telah diperkenalkan pada tahun 2001 dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan dan perkhidmatan di dalam pasaran. RAKAN PENGGUNA adalah organisasi sukarela yang bertindak sebagai mata dan telinga Kerajaan dalam hal ehwal kepenggunaan dan membantu Kerajaan dalam aktiviti pemantauan serta mengwujudkan jalinan yang baik antara Kerajaan dengan rakyat bagi memantapkan usaha pemantauan harga barangan dan perkhidmatan