Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
Klik untuk Bantuan Kod QR | KPDNKK » Agensi » Suruhanjaya Persaingan Malaysia | |
Web Content Display PENGGUNA & PENIAGA
MEDIARANGKAIAN AGENSI |
Web Content Display SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2011. Berdasarkan Seksyen 5 (1), Akta Suruhanjaya Persaingan 2010; Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri; iaitu seorang Pengerusi; empat orang anggota yang mewakili Kerajaan dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara-perkara berhubungan dengan perniagaan, industri, undang-undang ekonomi atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai yang ditentukan oleh Menteri. Pada 1 April 2011, YB Menteri telah mengumumkan pelantikan bagi Pengerusi dan anggota Suruhanjaya Persaingan Malaysia (SPM). YB Menteri telah mengumumkan bahawa Pengerusi bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob. Beliau merupakan mantan Hakim Besar Malaya yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang perundangan. Antara jawatan yang sedang disandang oleh beliau adalah Pro-Canselor Universiti Malaya mulai 16 Mei 2007 sehingga sekarang. Anggota Suruhanjaya yang mewakili Kerajaan ialah:
Bagi Anggota lain Suruhanjaya Persaingan Malaysia, mereka yang dilantik adalah seperti berikut:
Beliau adalah Ketua Eksekutif ASLI dan ahli dalam National Economic Consultative Council. Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas melalui penglibatan beliau dalam Persatuan-Persatuan Perniagaan, Badan-Badan Pengguna dan NGOs. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan perakaunan daripada Monash University.
Beliau adalah bekas Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dan kini menjawat jawatan sebagai Vice-President, Hal Ehwal Akademik, Nilai International College. Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang konsumerisme dan telah memainkan peranan yang penting dalam menggubal Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Beliau merupakan seorang academia dan memegang jawatan sebagai Dekan di Graduate School of Business, Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perakaunan serta menjadi Ahli Malaysia Institute of Accountants.
Beliau merupakan seorang peguam dan mantan Presiden Majlis Peguam. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam amalan perundangan khususnya litigasi korporat. Beliau juga mempunyai kelulusan Masters in Law daripada Universiti Malaya.
Beliau merupakan seorang peguam yang telah memegang pelbagai jawatan sebelum menjadi ahli perniagaan syarikat teknologi maklumat dan perisian animasi 3D. Beliau memperolehi Masters dalam Commercial Law dari University of Glasgow dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam undang-undang perdagangan antarabangsa dan persaingan. Tarikh pelantikan Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah bermula pada 1 April 2011 dan tempoh perkhidmatan mereka adalah selama tiga (3) tahun. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya adalah seperti di Seksyen 16 & 17 Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh disalurkan kepada: Suruhanjaya Persaingan Malaysia Talian am : +603-7803 2611 Paparan : 9205 Dikemas kini pada : 17 Mei 2012 |