Kod QR ini akan memaparkan URL bagi memudahkan capaian menerusi telefon bimbit atau PDA(smartphone) anda.
 Klik untuk Bantuan Kod QR
KPDNKK » Agensi » Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Web Content Display Web Content Display

PENGGUNA & PENIAGA

MEDIA

RANGKAIAN AGENSI

Web Content Display Web Content Display
Print

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 

Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) telah diwujudkan dalam bulan Julai 1922 untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment [FMS Cap. 97 of 1992]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan itu.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat  di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya berpindah ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983). Akta Koperasi 1993 (Act 502) telah digubal bagi menyatukan undang-undang koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada
22 Januari 1994.

Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia telah ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Laman web SKM : http:// www.skm.gov.my

 

Paparan : 7008
Dikemas kini pada : 20 Mac 2012