SERANTA AWAM ATAS TALIAN PERINGKAT 1 BSK

PANDANGAN AWAL TERHADAP CADANGAN PELAKSANAAN STANDARD KESELAMATAN MANDATORI BAGI BATERI SEKUNDER

YBhg. Tun/ Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan dan Puan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam peringkat perancangan untuk melaksanakan standard keselamatan mandatori bagi bateri sekunder. Bateri sekunder adalah bateri cas semula yang dapat menghasilkan tenaga elektrik secara berterusan dalam suatu jangkamasa yang panjang. Aplikasi bateri sekunder banyak digunakan untuk telefon bimbit, power bank, komputer riba, kamera, rokok elektronik, gajet permainan elektronik, dron dan sebagainya.

Cadangan pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada memperolehi bateri sekunder yang tidak mematuhi standard keselamatan dan mengurangkan lambakan bateri sekunder yang tidak selamat di pasaran Malaysia.

Pelaksanaan standard keselamatan mandatori bagi bateri sekunder yang dicadang oleh KPDNKK adalah mengikut spesifikasi standard keselamatan seperti berikut:

  • Spesifikasi MS IEC 62133:2017 – Secondary cells and batteries containing alkaline or other non-acid electrolytes – Safety requirements for portable sealed secondary cells, and for batteries made for them, for use in portable appliance; atau
  •  IEC 62133 – 1:2017 – Secondary cells and batteries containing alkaline or other non-acid electrolytes – Safety requirements for portable sealed secondary cells, and for batteries made for them, for use in portable applications – Part 1 : Nickel Systems; atau
  • IEC 62133 – 2:2017 – Secondary cells and batteries containing alkaline or other non-acid electrolytes – Safety requirements for portable sealed secondary cells, and for batteries made for them, for use in portable applications – Part 2 : Lithium Systems

Cadangan pelaksanaan ini terpakai apabila mana-mana individu atau syarikat hendak membekalkan bateri sekunder kepada peniaga lain (business to business) atau pengguna akhir (business to consumer). Justeru, individu atau syarikat yang hendak membekalkan bateri sekunder perlu mematuhi spesifikasi standard keselamatan yang telah ditetapkan sebelum membekalkan barangan tersebut di pasaran Malaysia. Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pelaksanaan perintah ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklum balas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab KPDNKK untuk mengadakan seranta awam atas talian ini. Sehubungan itu, KPDNKK menjemput semua pihak yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini untuk mengemukakan pandangan serta maklum balas menggunakan Lampiran A yang disertakan. Sebarang ulasan atau maklum balas yang ingin dikemukakan hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Januari 2018 melalui emel kepada mystandard@kpdnkk.gov.my atau faks ke +603 8882 6960 dengan menggunakan Borang Maklum Balas Seranta Awam yang disediakan. Borang Maklum Balas Seranta Awam juga boleh dikemukakan ke alamat di bawah melalui surat bertulis secara rasmi sebelum atau pada 31 Januari 2018.

Pengarah

Bahagian Standard Kepenggunaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
No. 13, Aras 4, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

MALAYSIA
Tel : +603-8882 5886
Faks : +603-8882 6960
Emel : mystandard@kpdnkk.gov.my
(u.p.: Encik Salman bin Salim)
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Hasliza Khasim di +603 8882 5599, atau
En. Salman Salim di +603 8882 5862 atau

Sila rujuk lampiran seperti berikut:

Lampiran A Borang Maklum Balas Seranta Awam

 Sekian, terima kasih.

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat