25 IKUTI BENGKEL PENULISAN

PUTRAJAYA, 15 MAC 2018 – Seramai 25 Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) Portal Bahagian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengikuti Bengkel Asas Penulisan Berita bertempat di Bilik Mesyuarat Merbau, Aras 2 Kompleks KPDNKK di sini.

Bengkel kelolaan Unit Komunikasi Korporat (UKK) kementerian ini berlangsung selama dua jam dimulakan dengan ceramah mengenai kaedah penulisan secara teori sebelum peserta dibahagikan kepada kumpulan untuk latihan menyediakan berita secara berkumpulan.

Pendedahan kepada aspek asas penulisan berita ini dilaksanakan bagi memberi pengetahuan kepada AJKK portal di bahagian-bahagian tentang kaedah pelaporan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bahagian masing-masing untuk dimuat naik ke portal KPDNKK.

Melalui cara ini, peranan dan tanggungjawab bahagian-bahagian ini akan dapat dikongsi ramai di samping melonjakkan imej baik kementerian ini di hati pembaca.

Menurut sumber, bengkel penulisan ini akan diadakan sebelum penghujung tahun ini bagi melihat keberkesanan serta keupayaan pengurus-pengurus portal ini membuat laporan di samping mempertajamkan mutu penulisan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat