AKRAB KPDNKK BERBAKTI DI MAAHAD TAHFIZ

SELANDAR, 4 JUN 2018 –  Pembimbing Rakan Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengadakan program Tanggungjawab Sosial (CSR) sebagai salah satu aktiviti mereka tahun ini.

Mereka memilih Maahad Tahfiz Tarbiyah Ulum Kampung Gubah di sini sebagai lokasi program murni ini. Maahad Tahfiz yang memmpunyai seramai 16 pelajar lelaki yang berumur antara 9 hingga 18 tahun mula beroperasi sepenuhnya di tapak yang ada mulai Disember lalu dengan dua tenaga pengajar.

Akrab KPDNKK yang diketuai Pegawai Psikologi KPDNKK, Noridah Jaafar disertai seramai 12 ahli rombongan melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan dalam rumah dan mengecat semula rumah usang yang ditinggalakan oleh pemilik asalnya.

Program yang berlangsung selepas solat Zohor itu, turut menyerahkan sumbangan barangan serta duit raya kepada semua pelajar.

AKRAB turut berhasrat mengadakan program CSR mereka di Sabah dan Brunei yang dijangkakan September nanti bagi meluas serta mempelbagaikan aktiviti mereka.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat