Jawatankuasa Pengiklanan

1.1 Jawatankuasa Pengiklanan ditubuhkan di bawah Seksyen 84A, Bahagian XIA, Akta Perlindungan Pengguna 1999.

1.2 Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk menasihati YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam mana-mana aspek berhubung dengan pengiklanan, termasuk iklan-iklan yang bertentangan dengan Bahagian II Akta ini.

1.3 Fungsi-fungsi lain Jawatankuasa Pengiklanan adalah:

1.3.1 Untuk meneliti aduan berhubung dengan iklan;

1.3.2 Untuk mengeluarkan atau menerbitkan maklumat berkaitan sifat dan ciri-ciri barang-barang atau perkhidmatan yang boleh menjejaskan hak atau menyebabkan kerosakan kepada pengguna; dan

1.3.3 Untuk melaksanakan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut olehnya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya secara yang lebih berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.

 

BIL NAMA JAWATAN/KEMENTERIAN/JABATAN KEANGGOTAAN
 1 YBhg. Datuk Muez Bin Abd. Aziz Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  Pengerusi
 2 YBrs. Dr. Ani Binti Ahmad Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Timbalan Pengerusi
 3 Encik Amran Bin Ahmad Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Setiausaha
 4 YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Ahli Jawatankuasa
 5 YBrs. Dr Roshayati Binti Mohamad Sani  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ahli Jawatankuasa
 6 YBrs. Prof. Dr. Azizul Halim Yahya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ahli Jawatankuasa
 7 Puan Shaharliza Binti Mohammad Saman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahli Jawatankuasa
 8 Encik M. Azahari Bin Edin Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Ahli Jawatankuasa
 9 Encik Mohamed Kadri Bin Mohamed Taib Advertising Standards Advisory Malaysia (ASA) Ahli Jawatankuasa
10 Encik Shah Rizan Bin Sazali Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Ahli Jawatankuasa
11 YBrs. Dr. Syuhaily Binti Osman The Malaysian Consumer and Family, Economics Association (MACFEA) Ahli Jawatankuasa
12 Encik Norazhar Bin Anas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Ahli Jawatankuasa
13 Encik Mustafa Bin Abd Hamid Ahli Lembaga Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ahli Jawatankuasa
14 Puan Kartini A/P Thanimalai Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ahli Jawatankuasa

Sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan iklan palsu atau mengelirukan, hubungi:

Urus setia Jawatankuasa Pengiklanan Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan Aras 4,
Blok Menara Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Presint 2,
62623 Putrajaya.

No.Tel : 03-8882 6556
No. Faks : 03-8882 6860