KEJAYAAN KONVOI FOOD TRUCK JADI TARIKAN RAMAI

 

IPOH, 21 NOVEMBER 2017 – Kejayaan menempa satu lagi rekod dalam Malaysia Book Of Record (MBR) bagi konvoi food truck paling jauh dengan jarak 135 kilometer dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim hingga ke Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh baru-baru ini membuka minat ramai peniaga untuk beralih ke bentuk perniagaan bergerak ini.

Kejayaan pertama yang dicatat pada tahun 2016 dengan penganjuran konvoi food truck pertama  dari Dataran Keluang hingga ke Dataran Angsana, Johor Bahru menjadi titik tolak, Bahagian Pembangunan Penjaja Dan Peniaga Kecil, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memperluaskan perniagaan bentuk baharu ini yang dilihat lebih berketerampilan, kemas, bersih serta tidak terikat di satu-satu kawasan sahaja.

Selain mendapat peruntukan khas dalam Bajet 2018 sebanyak RM 120 juta pinjaman mudah bagi memperkasa industri food truck ini, modul latihan yang dinamakan Program Transformasi Minda (PTM) untuk melahirkan lebih ramai pengusaha food truck  diperkenalkan dengan mengambil kira pelbagai aspek serta keperluan yang secukupnya untuk seseorang peniaga food truck itu. Selain itu, ia bagi memastikan industri food truck berkembang, berdaya saing, maju dan tahan dalam pasaran ekonomi negara.

Festival Food Truck yang diwujudkan sempena Karnivial Jualan Mega 2017 di Dataran Aman Jaya, Meru itu baru-baru ini melibatkan kira-kira 100 food truck yang datangnya dari seluruh Semenanjung termasuk sebuah dari Labuan yang mengambil bahagian.

Jumlah food truck yang banyak itu menghidangkan pelbagai jenis jualan menyaksikan Festival ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan menjadi salah satu program ikonik yang pastinya menjadi sebahagian aktiviti dalam penganjuran Karnival Jualan Muga akan datang.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat