KERAJAAN GIAT BANGUNKAN INDUSTRI FRANCAIS

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2018 – Kerajaan sedang giat membangunkan industri francais di negara ini dengan menggalakkan dan memudahcarakan lebih banyak usahawan mengembangkan perniagaan mereka melalui sistem francais.

Sehingga 30 Mei 2018, sejumlah 863 sistem francais yang terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Daripada jumlah tersebut, 40 peratus disumbangkan oleh sektor makanan dan minuman. Sumbangan sektor francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) amat signifikan,” ujar Menteri KPDNHEP, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail ketika merasmikan Malaysia International Retail And Francahise Exhibition (MIRF) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC) di sini, hari ini.

Katanya, Pada tahun 2017, sektor francais telah menyumbang sebanyak RM 27.7 bilion atau 3.4 peratus daripada keseluruhan KDNK Negara bagi tahun yang sama. Kerajaan menyasarkan untuk mencapai RM 35 bilion menjelang tahun 2020 nanti.

Menurutnya, kerajaan berperanan mengadakan polisi yang mesra perniagaan di samping menjadi fasilitator bagi undustri ini, manakala pemain industri pula perlu memahami dan bersedia menjadi agen pelaksana kepada polisi-polisi yang dirancang berasaskan semangat perkongsian bijak dan suasana ‘menang-menang’.

Para usahawan pula perlu untuk mengambil risiko secara langsung bagi merealisasikan citi-cita keusahawanan dan matlamat

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Dato’ Sri Jamil Salleh, Ahli-ahli EXCO MRCA, Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur dan kira-kira 300 tetamu.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP