KPDNKK SASAR LEBIH 300 SET DATA

BANGI, 17 APRIL 2018 – Bengkel Penyediaan Data Terbuka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) di Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi anjuran Unit Analisa Data dan Pembangunan Dalaman, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPDNKK..

Bengkel yang diadakan  pada 16 hingga 17 April 2018 melibatkan seramai 60  Pegawai Penyelaras Data Terbuka dari Bahagian- bahagian di dalam KPDNKK termasuk agensi yang bernaung di bawah kementerian ini.

Hadir sama semasa bengkel tersebut adalah penceramah jemputan,  Haji Mohd. Ariffin Alimin selaku Ketua Penolong  Pengarah Kanan dari Seksyen Data Raya (SDR) MAMPU.

Penetapan Data Terbuka Generik  dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pencapaian KPI akan dipantau secara suku tahunan oleh MAMPU dan akan dibentangkan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Sasaran KPI untuk KPDNKK termasuk semua agensi di bawahnya ditetapkan sebanyak 300 set data baharu bagi tahun 2018. Hasil daripada bengkel tersebut lebih 300 set data baharu sudahpun dikenal pasti.

Oleh : Bahagian Pengurusan Maklumat, KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat