KPDNKK UMUM 13 JENIS BARANGAN KAWALAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018

NILAI, 5 FEBRUARI 2018 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin hari ini mengumumkan 13 kategori barangan yang menjadi barang kawalan  bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baru Cina 2018.

Pengumuman yang dibuat selepas mengadakan lawatan kerja ke Makmal Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di sini turut dihadiri Timbalannya, Dato’ henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh dan beberapa pegawai kanan kementerian.

Pelaksanaan SKHMP bermula 10 hingga 21 Februari ini merupakan langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Ia berlangsung selama 12 hari iaitu enam hari sebelum hari perayaan, sehari pada hari perayaan manakala lima hari selepas hari perayaan.Ia dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi. Barangan ini kekal dan sama seperti pelaksanaan skim ini tahun lalu.

Barangan ini mendapat sambutan yang tinggi dari masyarakat yang menyambut perayaan tersebut dan kawalan harga perlu bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran.

Darto’ Seri Hamzah mengingatkan peniaga agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan dan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipecatutan 2011 boleh diambil ke atas mana-mana peniaga yang ingkar.

Katanya, pihaknya menerusi pegawai-pegawai penguatkuasa serta dibantu Jabatan Rela, Friends Of KPDNKK, penghulu dan ketua masayarakat akan memastikan peniaga mematuhi etika berurus niaga.

Pelaksanaan SKHMP ini melibatkan 91 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Labuan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

 

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat