Latihan Keusahawanan PKS

1.0 PENGENALAN

Adalah didapati bahawa antara faktor kegagalan penyertaan bumiputera (terutamanya di peringkat mikro dan kecil) di dalam sektor ekonomi khususnya bagi sektor perdagangan dan pengedaran disebabkan oleh tahap kesediaan produk dan usahawan PKS untuk bersaing di pasaran yang lebih besar yang tidak konsisten serta lemah dari segi pengurusan, latihan dan pendedahan terhadap industri itu sendiri. Justeru, program-program pembangunan modal insan keusahawanan anjuran KPDNKK melalui Bahagian Pembangunan Perniagaan ini akan tertumpu kepada usaha bagi tujuan mengenalpasti potensi usahawan-usahawan yang mempunyai produk keluaran PKS untuk dikembangkan ke hypermarket asing di negara ini seperti Aeon Co. Aeon Big, Tesco, Giant dan Lulu khususnya serta saluran pasaran domestik yang lain dengan objektif “Access to Retail”.

Bidang dan modul latihan yang akan ditawarkan adalah bersesuaian dengan menyokong kepada pelaksanaan Program Transformasi Produk dan Pengedaran Berkesan seperti berikut:

  1. Pengurusan Produktiviti dan Kualiti Perniagaan;
  2. Pembangunan dan Pengukuhan Produk;
  3. Aplikasi Perniagaan Secara Beretika dan Berintegriti;
  4. Pengurusan ’Interpersonal Skills’; dan
  5. Transformasi Pemasaran dan Rangkaian Kerjasama.

Program ini juga menumpukan kepada tiga (3) fokus utama iaitu kesedaran (awareness), penerangan (explanation) dan didikan (education) yang digubal secara theoritical dan hands-on mengikut kesesuaian jenis kursus, latar belakang peserta (usahawan) dan keperluan dalam perniagaan. Bagi memastikan setiap peserta menerima manfaat yang maksimum, bilangan peserta bagi setiap program adalah tidak melebihi 40 orang bagi kursus spesifik manakala, bilangan maksimum bagi sesi seminar/”pocket-talk” tidak melebihi 150 orang.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan manfaat kepada peserta dalam bentuk peningkatan kemahiraan dan pendedahan pengalaman dunia perniagaan semasa. Ia juga dijangka dapat membantu para usahawan dalam mempersiapkan diri/produk masing-masing supaya ianya bersifat daya upaya, mampu bersaing dan inovatif dalam pasaran.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

  1. Memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kecekapan   perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan);
  2. Mempertingkatkan produktiviti PKS dan industri melalui penerapan nilainilai perniagaan yang lebih komprehensif dan praktikal, berilmu serta berpengetahuan dalam menetapkan hala tuju perniagaan dan menyumbang kepada pencapaian matlamat yang telah digariskan dalam Program Transformasi Ekonomi; dan
  3. Melahirkan usahawan PKS yang lebih dinamik, bukan sahaja ke arah peningkatan kemajuan perniagaan semata-mata tetapi juga memupuk nilai etika dan moral yang mampu mengimbangi orientasi keuntungan dan kebajikan pelanggan/ pengguna.

3.0 SASARAN PESERTA

Penyertaan program-program pembangunan modal insan ini adalah berasaskan kriteria dan syarat seperti berikut:-

  1. Syarikat yang berdaftar sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pendaftar Perniagaan/Pendaftar Syarikat);
  2. Telah berdaftar sebagai PKS KPDNHEP (keutamaan);
  3. Syarikat perlulah mempunyai produk/perkhidmatan yang sedia, baru atau
    bakal dilancarkan/dipasarkan; dan
  4. Keutamaan kepada usahawan-usahawan yang komited terhadap program-program keusahawanan dan pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh Kementerian ini.

4.0 TEMPOH KURSUS

Tertakluk kepada modul kursus yang ditawarkan.

5.0 YURAN PENYERTAAN

Percuma

6.0 LOGISTIK

Tempat program, penginapan serta makan dan minum disediakan (tiada pengangkutan).

7.0 TAKWIM LATIHAN KEUSAHAWANAN PKS

**sila rujuk brosur Latihan Keusahawanan PKS

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
62623 Putrajaya
(u.p.: Unit Pembangunan Modal Insan Keusahawanan)

Tel : 03-8882 5768/ 6931/ 6972
Faks : 03-8882 5826