LAWATAN KE KILANG PERCETAKAN AL-QURAN, NASYRUL QURAN, PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 31 MEI 2018 – Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengadakan lawatan ke kilang percetakan al-Quran, Nasyrul Quran, dekat sini.

Kompleks Nasyrul Quran merupakan kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia, berfungsi bukan hanya setakat sebagai pusat percetakan, bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran. Para pengunjung boleh melawat dan mendapatkan pelbagai produk Al-Quran, surah Yasin dan buku-buku doa.

Lawatan yang dianjurkan Kelab BPM disertai seramai 30 peserta bertujuan memberi pendedahan bagaimana proses untuk menghasilkan cetakan senaskah al-Quran dari awal hingga akhir. Terdapat 10 langkah penting untuk proses pembuatan Al-Quran di kompleks ini seperti pembangunan struktur dan motif, pengimbasan struktur dan motif menggunakan perisian AutoCAD, strategi pewarnaan dan lembaran diterap daun emas tulen.

Lambaran ini pula diwarnakan satu persatu oleh sekumpulan pewarna,manakala ayat Al-Quran disalin oleh para penulis khat.

Ayat- ayat Al-Quran kemudiannya disemak dan ditasbih, dihantar ke Bahagian Kawalan Penerbitan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri untuk pengesahan, pruf akhir (komputer) dan percetakan (ozalid) sebelum proses percetakan di Kompleks Nasyrul Quran sendiri.

Program yang bermanfaat seperti ini harus melibatkan  semua warga KPDNKK supaya dapat menerapkan amalan murni dalam diri dan memberi pengetahuan bahawa penghasilan al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah dan sentiasa memelihar kesuciannya.

Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat, KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat