LEBIH 5000 JAYAKAN SSM BIZRUN 2018

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2018 –  SSM Bizrun 2018 yang julung kali dianjurkan ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai entiti perniagaan seperti syarikat dan perniagaan.

Penyertaan dari 780  entiti perniagaan dan syarikat dalam larian ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara larian oleh entiti perniagaan yang terbesar di Malaysia.

Larian ini dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail pagi tadi bertempat di Padang Merbok ibu negara yang bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dari sektor kerajaan mahupun swasta.

Penganjuran acara ini memberi penekanan terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menggalakkan penglibatan organisasi korporat sebagai rakan startegik SSM untuk menjayakan program ini.

Sebahagian yuran penyertaan yang dikenakan kepada peserta iaitu sebanyak RM 5 akan dislaurkan kepada badan-badan kebajikan sekaligus memberi peluang kepada para peserta untuk berlari sambal beramal.

Persembahan artis –artis tempatan turut mewarnai acara yang menetapkan dua kategori larian iaitu 5 km dan 10 km selain hadiah-hadian cabutan bertuah berupa dua buah kereta Perodua Axia dan hadiah-hadiah lain yang mendapat tarikan peserta.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pematang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Dato Seri Haji Mhd Amin Nordin, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd. Wahab Fenner.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP